Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan
Tampilkan postingan dengan label Cerpen Istimewa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cerpen Istimewa. Tampilkan semua postingan

Jumat, 10 Desember 2010

Permansuri Muslimah Hatiku..

Aku tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Gelora fesyen millenia yang menggila tidak dapat menggugah caranya. Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketTapi dia tetap menarik perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar… Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku.

Perkenalan kami berlaku secara tidak sengaja. Benarlah segala yang dirancang Rabb itu amat indah susun aturnya. Ketika itu, seawal jam 7.40 pagi. Langit tika itu masih kelam. Mentari belum mahu bangun dari kamar beradu, sejuk masih menggigit-gigit. Ketika itu, aku resah dengan kelewatan bas yang tak sampai-sampai, sedangkan tuntutan masa begitu menekan. Ketika itulah, dia muncul dari hujung jalan. Matanya yang bercahaya, wajah bersih, dan secangkir senyum pendeknya menyapa aku dengan ramah tanpa suara. Di tangannya terkejap Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Syeikh Sayyid al Qutb. Dia langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian.

Bila bas buruk berbelang hijau kuning itu sampai, kami menaikinya dan kemudian duduk sebelah-menyebelah. Aku menyapa dengan senyum pendek. Dia menyambut dengan salam, menggelar dirinya Assyaheeda, langsung bertanya mengenai diriku. Sejak itulah aku mula mengenalinya, sedang seolahnya kami sudah berabad lamanya menjalin ukhuwah di taman mardhotillah.

Assyaheeda, bakal doktor perubatan, tahun ketiga di Universiti Mujahadah Malaysia ini; UMM. Malu aku sendiri, sedang aku yang bakal bergelar ustazah tidak lama lagi pun tak sealim dia. Ilmunya benar-benar mengagumkan aku. Semangatnya mencari ilmu mencemaskan aku. Hujahnya mengasak-ngasak minda picikku.
Dia hebat! Sempurna! Muslimah sejati, harapan umati.

Aku mahu bercerita tentang kehidupan sehari-hariannya. Benar aku bukan sekamar dengannya (* kalaulah aku dapat memohon dari dahulu)., tapi sejak hati kami bertaut di laman ukhuwwah, aku kerap berkunjung ke kamarnya. Bukankah menatap wajahnya sahaja sudah mendatangkan sejuta sakinah? Masakan aku dapat membiarkan gedung ilmu itu terbiar tanpa soalan-soalan “bodoh”ku? (*Sabarnya dia melayan kerenahku yang serba-serbi jahil ini, dengan soalan maha mengarut, dengan senyuman dan lembut bicara yang mendamaikan jiwa. Walau seribu kali soalan itu kutanya!)

Kata kak Wani, Assyaheeda bangun seawal 4.00 pagi, tika masih ramai diulit mimpi. Kata Kak Wani, dia sedar langkah-langkah yang berderap lembut dan berhati-hati kepunyaan sahabatku itu akan menuju ke musolla di tingkat satu. Bila pulang sahaja, pasti tersisa jernih air di pipi mulus miliknya. Dia akan duduk di meja studynya, khusyuk menadah doa, sebelum meneruskan pembacaan buku-buku perubatan yang bertimbun di atas meja.

Kata kak Wani lagi, Assyaheeda tak pernah berenggang dengan sebuah buku kecil berbalut biru miliknya. (*Aku sedar kehadiran buku kecil yang istimewa itu.) Bila marah, pipinya akan memerah, sedang wajahnya sebenarnya berseri dengan warna itu, kerana itu sekali-sekala aku menyeru namanya dengan panggilan Humayrah. Dia tak pernah sekali-kali meninggikan suaranya.( Dia selalu mengingatkan aku; seburuk-buruk suara adalah seperti suara keldai). Bila sendiri, atau semasa kami berjalan-jalan, jika kesepian tiba-tiba mencengkam, aku selalu perhatikan dua ulas bibirnya itu terkumat-kamit, bersulam dengan nafas lembutnya.

Misterinya sahabat yang kukasihi ini, sehari bersamanya bagaikan sejam sahaja yang berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini, aku lihat dia seolah-olah dirundung hiba yang cuba disembunyikan dalam tawa halusnya. Sesekali aku perasan ada air yang bergenang di sudut matanya yang bundar itu. Bila ditanya, dia akan membalas dengan gurauan yang menyenangkan hati. Lalu soalan aku akan berlalu sepi.

Waktu itu, kami seluruh warga kampus sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir tahun. Aku pula tiba-tiba dibeban taklifan yang tak putus-putus. Program kampus bertali arus. Lalu kami hampir tak bertemu sepanjang minggu, sedang hatiku dicengkam rindu.

Ketika berita itu sampai kepadaku, aku jatuh dan tak sedarkan diri berhari-hari lamanya. Bila aku sedar dari pengsan, aku ingin sahaja terus pitam dan tidak lagi bangun-bangun. Seolahnya kekuatanku diragut pergi dengan pemergian Assyaheeda. Jika tidak kerana tarbiyah sahabatku itu, dan ingatanku kepada tazkirah-tazkirah yang sering menghiasi hari-hari indah kami, aku pasti aku sudah lama mati.

Berbulan lamanya aku menahan perasaan ini dengan penuh sabar , sahabatku Assyaheeda! Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar terus menghantui hari-hariku. Kerinduanku padanya seolah-olah terubat, bila petang itu ummi Assyaheeda menziarahiku. Kedatangannya mendamaikan perasaan yang kucar-kacir ini, memulih semula semangatku yang terbang pergi. Akhir pertemuan di petang syahdu itu, ummi menghulurkan buku kecil berwarna biru itu.

Ya, buku kesayangan Assyaheeda yang teristimewa.

Kekasih,
Jiwa ini seakan-akan hendak punah,
Malamku akan sepi tanpaMu,
Siangku akan pudar warnanya tanpa redhoMu.
Kekasih,
Tak terdaya lagi serasanya,
Jiwaku seakan hendak pecah,
Rinduku padaMu membuak-buak,
Panas dan membakar setiap nafas yang kuhirup,
Aku rindu!
Rindu padaMu,
Kekasih,
Izinkan masa terhenti
Supaya pertemuan kita akan terjadi…

Assyaheeda, sahabat yang paling aku kasihi. Kisahmu akan aku khabarkan kepada mereka di luar sana. Muslimah yang terlalu rindu kepada Kekasihnya hingga mati kerana gila!

Aku Bukan Pelacur

DUNIA KECANTIKAN DAN FESYEN MEMANG DIGEMARI WANITA. HAMPIR SEMUA WANITA TANPA MENGIRA KETURUNAN DAN UMUR, INGIN KELIHATAN CANTIK DAN BERGAYA. AKU JUGA TIDAK TERKECUALI. SEJAK REMAJA LAGI, AKU MEMANG GEMAR BERFESYEN DAN BEGITU MENGAMBIL BERAT ASPEK KECANTIKAN. MINAT INI SEBATI DENGAN DIRI SEHINGGA AKU BEKERJA DAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA.

NAMUN aku tidak sedar, penampilan diri dan cara pakaian perlu mengikut lunas yang ditetapkan Islam. Aku memang bertuah kerana dikurniakan kulit cerah dan potongan badan menarik. Aku sering menerima pujian dari teman-teman. Malangnya tanpa aku sedari, pujian yang aku terima akhirnya memakan diri. Di Universiti, cara berpakaianku terbatas. Maklumlah belum bekerja dan masih menuntut. Sebaik tamat pengajian, aku mula bekerja. Duit gaji, aku gunakan sepenuhnya untuk memenuhi hobiku - bergaya. Duit gaji aku habiskan untuk membeli pakaian dan alat solek. Dan mungkin Tuhan mahu mengujiku lagi. Aku bertemu jodoh dengan lelaki yang berkedudukan dan pendapatan tinggi. Ia membuka jalan yang luas untuk aku terus bergaya.

Aku gemar berkebaya ke tempat kerja. Bagi menampakkan susuk tubuh yang menawan, kebaya berkain belah yang aku pakai semua ketat belaka. Rakan sekerja memuji tubuh langsingkan walaupun sudah beranak tiga dan usia menjangkau 40-an. Mereka sering bertanya rahsia awet mudaku. Aku megah berkongsi rahsia kecantikanku dan terus lupa diri.

Tudung yang aku pakai tidak pernah menutup dada. Sengaja aku singkatkan untuk mempamerkan koleksi rantai yang selalu sedondon dengan warna baju. Setiap hari, aku pastikan rantai, cincin, gelang dan kerongsang adalah daripada warna senada dengan baju. Beg tangan dan kasut juga sentiasa matching.

Aku juga gemar mengumpul minyak wangi. Koleksi minyak wangi mudah aku peroleh kerana aku punya ramai teman pramugari. Kemana sahaja aku pergi, diiringi wangi-wangian semerbak. Aku bangga dengan penampilanku yang bergaya, lebih-lebih lagi selepas beroleh gelaran Datin di tempat kerja.

Suami pula tidak pernah menegur kerana aku pasti punya jawapan pada setiap tegurannya. Lagipun suami banyak bertuga luar daerah. Ini memudahkan aku bergaya tanpa batas sehinggalah suatu hari aku tersedar diri.

Hari itu aku mengemakan stor dan terjumpa kotak milik suami. Di dalamnya ada sebuah buku kecil warna hijau yang agak usang. Aku membelek-belek isi buku dan terbaca sebuah hadis Rasulullah,

“Jika seorang perempuan telah melakukan tiga perkara secara terang-terangan, maka disebut pelacur; iaitu keluar waktu siang dengan menampakkan perhiasan dan menunjukkan kecantikannya, memandang kepada yang lain dan mengeraskan suara supaya dapat didengar lelaki lain.”

Aku beristighfar panjang. Perkara satu dalam hadis itu memang terkena batang hidung sendiri! Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketMemang aku suka bergaya dan menampakkan perhiasan. Tetapi aku bukan pelacur, aku tidak mahu digelar pelacur.

Sejak itu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Tiada lagi kebaya ketat berkain belah, tiada lagi tudung menampakkan dada dan tiada lagi perhiasan berlebih-lebihan. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi. Aku bersyukur kerana disedarkan sebelum terlewat. Sesungguhnya, aku bukan PELACUR!!

10 Putri Tidak Dilindungi Bulan

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”

“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang “

“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami.”

“Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri.”

“Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita.”

“Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?”

“Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital! Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?”

“Kenal abah ”

“Berapa orang ?”

“Empat “

“Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?”

“Seorang saja yang lain tidak tahu.”

“Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! “

“Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! “

“Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!”

“Baju kita ini pun nampak pusat juga!”

“Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat.”


9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks – video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

“Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!”

“Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji.”

“Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang.”

“Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!”

“Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.”
“Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!”

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

“Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik saya runsing sangat!”

“Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !”

“Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. “
“Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik .”

“Habis ?”

“Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah.”

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

“Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!”

“Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?”
“Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik .”

“Dia kerja apa di KL, tu?”

“Katanya pegawai eksekutif syarikat .”

“Syarikat apa, puan?”

“Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali.”

“Oh?”

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

“Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?”
“Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?”

“Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?”

“Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?”

“Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!”

“Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?”

“Dia tu bekerja, bukan?”

“Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?”

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

“Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami.”

“Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia.”

“Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?”
“Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu.”

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

“Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?”
“Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!”

“Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?”

“Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline.”

“Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!”

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!”

“Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?”

“Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!”

“Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?”

“Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi.”

“Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?”

“Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!”

“Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?”

“Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.”

Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!

“Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!”

“Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!”

“Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!”

“Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey .”

“Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?”

“Bawa kawan saya keluar, dulu saya okey. Saya boleh keluar sendiri.”

“Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.”

“Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg ..”

“Masni Mas Mas mengucap mengucap Mas .”

“Aaarrrggg aaarrrggg .”

“Mengucap Mas ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah � Laaaa ilaaa haillallah .”

“Laaaa ilaaaa .”

“Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .”

“Laaa ilaaa .”

“Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaa ilaaa haillallah.”

“Dia sudah tidak ada lagi dek “

“Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut “

“Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !”

“Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,
tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !”

“Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?”

“… Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

“Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan ” (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

“Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap.”

“Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah .”

“Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia.”

“Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi.”

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

“Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! “

“Nak hairan apa, sudah jadi trend orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?”

“Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!”

“Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!”

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

“Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Berjiwa Islam..

Dunia Islam? Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. “Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.” Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. “Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang.Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. “Hoi budak, Aku di mana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak.

Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. “Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.” Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak.Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? ” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh. “Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. “Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. “Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. ” “Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.”

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Dimana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. “Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.” Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar. “Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…” Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring danjelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. “Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Nerakaamat pedih.. Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!” rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya.

Ia terlepas …. Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum.Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : “Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed AlAbrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman.Sila datang!” Datuk Dr. Johar orang besar DarulGhurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. “Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di siniuntuk lelaki.” “Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.”Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”. Lelaki itu tersenyum.”Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.

Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,”terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih. “Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…” “Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….”Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan!”ujarnya kepada pelayan. “Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan. “Ya ! Apa peliknya?”, “Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?”tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orangenikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. “Jemput makan dengan nama Allah yang memberiezeki,” kata pelayan itu dengan sopan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. ” Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, “ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. “Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?” tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ….malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan.

Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!”ujarnya kepada pelayan restoran. “Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan…. berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi. “Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram. “Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khususuntuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital! “Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan. “Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..” “Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya. “Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: ‘RAJA’. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. “Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.T op-hit anak-anak muda sekarang…” “Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji,” “Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mumendamba kasih yang tidak berhujungmengutip sayang di hamparan cinta suci.Inilah getaran hatiku memburu cinta…….stanza hati merindu Ilahi!”Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. “Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …” Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. “Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yangboleh kami terima, kami halalkan sajalah.” “Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.” ” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.” “Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIRTRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. “Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !” Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. “Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr.Johar. “Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…” “Habis, mereka mahu apa?” “Mereka mahu Islam, Datuk!” “Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. “ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI

Kamis, 09 Desember 2010

Palestina Bumi Syaheed

Palestin…
Bumi yg sentiasa di hati…
Andai bisa diri ini pergi…
Andai bisa diri ini kecapi…
Jihad dan syahid di bumi suci…
Ameen…

Assalamualaikum, ya Humaira, Apa khabar iman di hatimu? Sepuluh jari dipohonkan atas kelewatan marsum maya Humaira abang balasi.Abang agak sibuk akhir-akhir ini dan sudah jarang menghabiskan masa di hadapan jaringan internet. Kiranya, sebagai sayap kiri perjuangan, Humaira lebih memaklumi kesibukan abang, bukan? Bersama Aman Palestin, abang semaikan jihad berkorban dalam jihat atma yang paling dalam. Istilah penat dan mengharapkan kerehatan terpaksa abang entengkan. Bukankah dunia sebagai tempat pertempuran kerana kerehatan yang sebenarnya akan kita temui di Jannah kelak? Kamar syurga sedang menanti, ya Humaira.

Apa khabar mujahid dan mujahidah muda, Umar AlFaruq dan Sumayyah? Bagaimana hafazan mereka? Abang rindukan kalian. Namun perjuangan yang ada masih berbaki dan perlu dilunaskan. Bisikkan di cuping telinga mereka bait-bait perjuangan agar mereka mengertinya. Khabarkan mereka erti sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang tiada taranya.

Misi terus menanti ya Humaira di sini. Saudara-saudara seislam kita di kem pelarian ini amat memerlukan perhatian dan pertolongan yang tiada henti. Malangya isu Palestin ini kurang mendapat perhatian saudara seislam kita di bumi Malaysia. Terlalu jauh ungkapan akrab dalam diri setiap Muslim terhadap isu ini. Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yang dipanggil minit untuk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seislam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan untuk mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai keinsafan.

Gema wahyu dalam surah al-Isra’ ayat pertama mengungkapkan : “ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa”. Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalamNya. Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan-keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam, ya Humaira. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.

Kau tahu Humaira apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Kau tahu Humaira apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!

Ingin abang khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat abang tersentak. Abang telah menemukan beberapa mayat yang keadaannya cukup mengerikan sewaktu abang membantu misi kemanusiaan di sini. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri. Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.

Humaira, sematkan kalimah-kalimah dan bait-bait ini dalam dirimu. Seandainya mereka berpegang pada Taurat yang telah diubah itu maka sewajarnya kita perlu memerangi mereka dengan AlQuran. Apabila ajaran Talmud disanjung oleh mereka, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berpegang pada Bukhari dan Muslim. Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebesaran mereka, bukankah kita sewajarnya berbangga dengan hari Jumaat? Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman, sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati. Sekiranya panji Yahudi mejadi lembayung kekuatan mereka, maka kita wajib berperang dengan mereka di bawah bendera Islam. Kita akan berperang atas nama Musa, Isa dan Muhammad seandainya mereka membangunkan kekuatan tentera di bawah nama Musa. Bukankah kedudukan kita adalah lebih utama terhadap Musa daripada mereka?

Humaira, kecintaan terhadap bumi AlQuds ini sewajarnya perlu ada dalam lubuk hati setiap orang beriman. Sewaktu pembukaan Mekah, hanya dua nyawa sahaja yang terkorban, namun untuk membebaskan bumi AlQuds, ribuan nyawa telah syahid untuk mengadukan kekejaman dan keterlaluan manusia kepada Allah. Humaira, mengapa Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama dalam Islam? Mengapa bumi ini yang dipilih Allah sebagai bumi pertama untuk mendapat kefardhuan solat? Mengapa 16 bulan lamanya Allah mengarahkan Rasulullah dan umat Islam mengadapkan wajah mereka ke arah Masjidil Aqsa sedangkan di kala itu Masjidil Aqsa di dalam pemerintahan orang Kristian? Mengapa tidak dihadapkan sahaja wajah ke arah Masjidil Haram? Bukankah Allah berkuasa untuk mengangkat Rasulullah secara terus daripada Masjidil Haram di Mekah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj? Akan tetapi mengapa Allah sengaja ‘memperjalankan’ baginda ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu? Pastinya ada sesuatu yang hebat mengenai masjid ini. Betapa Allah mengetahui bahawa pada zaman ini, ramai manusia akan melupakan Masjidil Aqsa dalam diri mereka.

Ya Humaira, ingatkah kau akan peperangan Mu’tah? Peperangan yang menghimpunkan tiga panglima serangkai. Peperangan untuk melawan kerajaan Rom yang menguasai AlQuds. Sebuah peperangan di mana tiga panglima sekaligus gugur sebagai syahid seperti mana ramalan Rasulullah, “Jika Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jaafar gugur, Abdullah bin Rawwahah penggantinya”. Kekuatan musuh adalah seramai 200000 orang melawan 3000 orang tentera muslim. Seorang tentera Islam perlu melawan dengan sekurang-kurangnya 67 orang musuh. Dapat kau bayangkannya Humaira? Berlawan dengan lautan manusia. Namun bergema kalimah jihad dari bibir Abdullah bin Rawwahah, “Wahai saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan peperangan ini? Peperangan kita tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata kerana agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!”. Maka gugurlah ketiga-tiga mereka sebagai syuhada’. Keinginan untuk berada di taman-taman syurga dan dikelilingi oleh bidadari menjadi azimat yang menjadikan mereka merindui syahid. Malah, keinginan mereka yang paling tinggi adalah untuk bertemu Allah, Rabb sekalian alam. Tahukah engkah wahai Humaira siapakah insan-insan yang telah terkorban? Zaid bin Harithah, anak angkat yang begitu disayangi Rasulullah sehingga terakam kisah yang melarang memberikan “bin” atau menisbatkan seseorang kepada selain bapa kandungnya sendiri di dalam AlQuran. Siapa lagi yang terkorban? Jaafar bin Abi Talib! Sepupu yang bersama Rasulullah dalam suka duka perjuangan. Peperangan Mu’tah membuatkan Rasulullah menggugurkan butir-butir air mata.

Namun, sedarkah kita mengenai pentingnya AlAqsa? Alangkah Rasulullah sendiri sanggup menghantar orang yang dikasihi ke perbatasan perang untuk membebaskan Alquds. Anak dan sepupu yang sangat disayangi. Bagaimana pula dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untuk AlAqsa? Betapa hebat sejarah Islam. Namun, kesedaran remaja kini memandang enteng terhadap kehandalan para panglima Islam bagai hembusan angin yang tidak dihiraukan. Di bibir mereka meniti nama-nama yang hanya ada di alam fantasi. Minda benak mereka juga disuntik oleh doktrin Zionis yang ingin melihat Islam terkubur di dunia ini. Zionis yang ingin melihat AlAqsa diganti dengan Haykal Sulaiman. Mereka berusaha setiap minit dan setiap saat untuk menghancurkan AlAqsa. Terowong digali untuk merobohkan Masjil AlAqsa secara semulajadi seperti mana pendedahan Syeikh Raed Solah, ketua Harakah Islamiyah di Palestin.

Paling membuatkan hati tersiat, adalah melihat sikap berdiam diri umat Islam sedunia. Umat Islam begitu membisu memandang isu ini. Dayus apabila membiarkan Masjid Ibrahimi dibahagi dua, satu pertiga dijadikan masjid dan dua pertiga dijadikan kuil. Dayus kerana membiarkan masjid Ibrahimi dibakar di mana lebih 60 jemaah terkorban. Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas dan dijadikan kandang kambing, tempat perzinaan dan juga tempat berpesta. Dayus apabila membiarkan saudara seislam dizalimi, dirogol dan disembelih.

Rasulullah telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Thauban : Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, “Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “ Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu”. Para sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”.

Sememangnya benar ramalan Rasulullah itu. Hari ini, ramai umat Islam yang telah dijangkiti penyakit wahan sehingga ukhwah sesama mereka terlalu rapuh. Tidak dapat membezakan di antara isu bangsa dan agama. Bukankah Islam tidak membezakan yang mana Arab dan yang mana bukan? Bukankah kita telah diikat dengan ikatan ukhwah di bawah panji Islam? Di mana mahu dicari pejuang-pejuang seperti Imaduddin Zanki? Di mana mahu mencari pejuang seperti anaknya, Nuruddin Zanki yang bercinta dengan solat malam? Di mana mahu mencari seorang Kurdi seperti Salahuddin Al Ayyubi, yang melatih dan mengumpul kekuatan ketenteraan selama 33 tahun sehingga tidak sempat menunaikan haji semata-mata kerana AlQuds? Bilakah sejarah peperangan Yarmuk akan berulang? Tentera Rom yang berjumlah 240 000 orang dengan peralatan yang hebat, bekalan yang cukup dan pengalaman perang berpuluh tahun boleh dikalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 39 000 orang yang hanya memiliki peralatan ketenteraan yang sangat sederhana.Rahsianya adalah apa yang pernah diucapkan oleh seorang tua di hadapan Kaisar Herculis, “Wahai tuanku, kekalahan kita adalah disebabkan musuh yang kita hadapi adalah suatu kaum yang bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari. Mereka juga adalah kaum yang berpegang pada janji, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari berbuat perkara yang munkar dan saling menjalinkan ukhwah di antara mereka. Sedang yang menyebabkan kita kalah ialah tabiat suka minum arak, berzina, sentiasa berbuat yang haram, melanggar janji, selalu marah, menganiaya, menyuruh mengerjakan perkara yang dimurkai Allah, melarang berbuat perkara yang diredhai Allah dan membuat kerosakan di muka bumi”.

Humaira, kekuatan yang menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa. Bukan fizikal mahupun luaran yang akan menimbulkan ketakutan. Saidina Umar mengambil kunci kota AlQuds hanya dengan berjalan kaki dan memakai pakaian yang memiliki 17 tampalan. Namun musuh menggeruninya dan mematuhi Perjanjian Umariah. Dia bukan sahaja digeruni musuh malah dia merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang paling ditakuti oleh iblis dan syaitan. Wahai Humaira, jahitlah pakaian taqwa dalam dirimu serta diri mujahid dan mujahidah kita.

Humaira, tanamkan benih kecintaan dalam diri Umar dan Sumayyah akan kecintaan terhadap AlAqsa. Ingatkan mereka bahawa AlAqsa adalah sebuah tanah wakaf yang menjadi milik umat Islam. Sebuah tanah waqaf tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam. Berilah mereka kefahaman yang sebenarnya mengenai AlQuds, sebuah tanah haram yang tidak boleh dipijak hatta oleh seorang kuffar pun. Sematkan dalam diri mereka mengenai setiap siri peperangan untuk membebaskan AlAqsa seperti peperangan Khaibar, peperangan Mu’tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmuk dan peperangan lainnya agar mereka mengerti bumi ini adalah bumi para syuhada’ yang telah berjuang bermati-matian dalam usaha membebaskan bumi isra’ dan mikraj ini. Khabarkan kepada mereka akan bahaya yang menimpa AlAqsa agar mereka mengerti penderitaan hati saudara seislam mereka di bumi ini.

Bumi ini telah lama berdarah. Bumi ini telah lama terluka. Bumi ini menanti fajar baru untuk terus bernyawa. Harapan abang agar kau mengertinya, Humaira. Abang terpaksa khatami marsum maya ini di sini dahulu. Moga doa menjadi penghubung hati kita. Moga doa mampu memberi kekuatan kepada saudara seislam kita yang telah lama berduka.

Nun jauh di sana,
Iwadh Soleh

* * * * *

AL-JIHADU SABILUNA

Ya Allah…
Ku sedar dari lamunan
Ku ingat akan kewajiban
Ku renungi asal kejadian
Dorongan cetusan tulisan Dr. Abdullah Azzam,
Dalam kitab ”MERINTIS KHILAFAH YANG HILANG”.

ALLAHHU AHAD!!

Ku sedar pentingnya usaha jihad
Ku yakin wajibnya untuk berjihad
Ku sahut perlunya mukmin berjihad

Jihad…….
Shahid………
Amat ku rindui….
Ingin sekali ku sertai…
Ingin sekali ku rasai…

Ingin ku kecapi tarbiyyah jihadiyyah
Agar diri lebih dekat pada Allah
Agar hidup diterima ILLAHI
Agar di jauhi neraka ‘harroh’
Agar di masukkan ke dalam jannah
Inginku pegang senjata
Hancurkan kafir durjana
Inginku turun ke medan
Hati ini tak tertahan-tahan

Namun… apakan daya
Diri ini seorang wanita
Awwalawiyyatku bukan di perbatasan…
Tugasanku lebih berat dan banyak dugaan
Tanggungjawabku bersama ’usrah’ kesayangan
Mampukah aku memikul cabaran?

YA MAJEED…..

Ku mohon teman seorang mujaddid, seorang mujahid
Ku mohon dia mengharapkan syahid
Ku mohon seorang penolong agamaMU
Ku mohon seorang penegak kalimahMU
Ku mohon dia tak gentar dibelenggu
Ku pinta pasangan tak cintakan dunia
Dunia baginya, persinggahan semata
Ku harap dia zuhud hidupnya
Ku mahu dia tak lebihkan keluarga
Ku mahu dia ’awla’kan Allah dan RasulNYA
Ku mahu dia serah jiwa buat agama
Ku mahu dia harapkan syurga sahaja
”Wahan” bukan sifat jiwa perwira
Ku doakan dia temui syahid kerna deennya
Agar dia bahagia di akhirat sana
Ku hanya inginkan kehidupan sederhana
Biar harta infaq pada jalanNYA
Tapi bukan halangan berusaha
Harta dicari bukan kejar dunia

YA RAHMAN…

Kurniakanku zuriat yang sihat
Agar mereka dapat berjihad
Kurniakanku zuriat yang soleh
Agar mereka tidak selekeh
Ku mohon cahaya mata yang pintar
Agar perjuangan tidak terlantar
Ku mohon anak-anak yang cerdik
Bantu Islam kembali bangkit
Ku mohon perwira-perwira agama
Beserta jasa dan darah mereka
Islam bangun gemilang semula
Ku ingin jadi muslimah solehah
Ku ingin jadi isteri mukminah
Ku ingin jadi ibu qudwah
Ku ingin bina baitud dakwah
Ku ingin terapkan Tarbiyyah Islamiyyah Jihadiyyah
Agar generasiku jadi mujaddid,jadi mujahid
Agar mereka menempuh syahid
Agar akhirat tidak perit

YA ALLAH…

Izinkanku menitiskan air mata gembira
Di suatu hari di sampaikan berita
Suami dan anak, syahid bela agama
Janji Allah pastinya syurga
Moga diri diberi syafaat sama
Izinkan ku kecapi gembira ”Al-Khansa’”
Ibu bagi empat orang shuhada’
”Farah” jiwa tidak terkata…
Anak-anak syahid mengundang syurga…

YA TUHAN…

Inilah segunung cita-cita dan harapan
Ku mohon sangat agar dimaqbulkan..

YA ROHIM….

Bantulah hambaMU ini
Bentuk diri jadi mukminah sejati
Jadi isteri penenang, pendorong, pelengkap, pendamping suami
Jadi seorang ibu mithali
Ku sedari diri ni…
Masih banyak perlu di koreksi
Masih banyak perlu diperbaiki
Perlu bentuk jiwa dan akhlak
Agar dapat jadi qudwah;
Perlu tingkatkan qiamullail
Agar diri tidak lalai;
Perlu tingkatkan tadabbur Al-Quran
Agar hidup ada panduan;
Perlu banyak buat muhasabah
Agar iman tidak goyah;
Perlu banyak mua’lajah u’yub
Agar diri tidak hanyut;
Perlu selalu puasa sunnat
Untuk hindar dari maksiat;
Perlu selalu tambah ilmu
Agar amalan tidak melulu;
Perlu teliti sirah dan sunnah
Mahu hidup macam Rasulullah dan sahabah;
Perlu belajar dgn jiddiyyah
Untuk menyumbang kepada ummah;
Perlu menjadi agen perubah
Agar ummah tak terus rebah.

Bantulah hambaMu yang dhoif ini
Hidupku untukMu ILAHI..
Demi menagih cinta sejati
Demi mengemis kasih abadi
Demi mendokong deen yang suci

YA RABBI….

Bantulah hambaMU ini
Dalam process mentarbiyyah diri
Agar tercapai cita-cita yang tinggi..
Aamiin…

Pesanan Dr. Abdullah Azzam:

Wahai kaum muslimat…

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.

Didiklah dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad, jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa bukannya reban ayam yg menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad, keinginan kepdada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula….

-UMMU MUHAMMAD-

Keluarga Sakeenah

Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Najib ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?

Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Najib pun dah tahu.

Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat.

Lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya.

Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau.

Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya.

“Dah pukul berapa kak?”

“Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.

Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang.

Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…

Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.

Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah!

Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.

Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.

Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.

“Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.

“Ya mak,” sahut ku lemah.

“Bangun solat Subuh ye nak.”

“Ha’ah,” aku patuh.

“Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu.

“Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.”

Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa…

@@@

Aku menolong ibu menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah cempedak goreng. Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif?

Shahrul dan Najib berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas. Pada mulanya aku berasa janggal melihat mereka bersiap-siap. Apabila kutanya jawab mereka “nak riadah, ayah suruh”. Bukankah sebelum ini mereka kaki tidur nombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu pukul sepuluh ke atas baru bangun. Lepas bangun menonton televisyen. Tengah hari baru mandi. Sekarang sudah berbeza benar.

Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka berkuntau pula. Memang budak-budak berdua ni aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan Islam.

Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami ni! Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur.

Ayah ke pasar bersama Shahrul sementara Najib pergi ke rumah kawannya Hafiz untuk meminjamkan kaset kumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang ini kuambil untuk mengorek cerita daripada ibu.

“Mak, Ada rasa seronok balik kali ini.”

“Iyelah, dah dekat setahun Ada tak balik… tentulah seronok,” balas ibu sambil tersenyum.

“Ada rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam dulu…”

Ibu tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya didongakkan ke dinding, menatap sebuah lukisan pemandangan yang cantik hadiah daripada menantunya Zamri, suami Kak Long. Lukisan itu adalah hasil tangan Abang Zamri sendiri

“Ini semua kerja Allah Ada. Mak sedar Ada sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita… supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Kami pandang remeh aje segala saranan dan teguran Ada.”

Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah… kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.”

“Apa dah jadi Mak?” soalku lebih serius.

“Abang Zamri Ada tu le… bukan sebarangan orang. Dalam diam-diam dia mendakwahkan budaya hidup Islam kat kita. Memanglah mulanya tu kami buat tak tahu… dia berjemaah ke surau ke, dia baca Quran ke, berzikir ke, cara dia berpakaian ke, apa ke di rumah kita ni.”

Memang kuakui Abang Zamri lain daripada yang lain. Sejak mula berkahwin dengan Kak Long lagi jelas perawakannya yang mulia. Gerak lakunya sopan. Tidak pernah meninggi diri. Tidak bergurau berlebih-lebihan. Hormat kepada orang tua. Mengasihi adik-adik. Kalau berbicara dengannya, dia tidak pernah lari daripada berbicara tentang Islam. Dia seolah-olah tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia. Tidak ada perkara lain yang dicintainya selain daripada berjuang untuk Islam.

Abang Zamri jarang sangat pernah bercerita tentang kereta mewah, rumah besar, duit banyak, pangkat tinggi, perempuan cantik, muzik, filem, bolasepak, para artis, pakaian cantik dan lain-lain sedangkan semua itu diperkatakan sehari-hari dalam keluarga kami. Sememangnya dia ada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT. Entahlah apa yang telah dibuatnya hingga keluarga kami berubah. Ingin kutanya pada ibu tapi… tunggulah nanti, apabila ada masa yang sesuai, insyaallah.

@@@

“Mak, Ayah, Shahrul dan Najib pergi ke rumah mak mertua Kak Long Ada… rumah keluarga Abang Zamri…”

“Mak ke Terengganu?” soalku.

“Iye, cuti penggal sekolah hari tukan Ada tak balik… kami pergi le ziarah besan kami.”

“Habis tu… apa yang jadi?”

Ibu terus bercerita dengan panjang lebar sambil kami melipat kain baju. Menurut ibu, keluarga Abang Zamri bukanlah orang senang. Adik-beradiknya seramai sembilan orang. Namun corak kehidupan mereka sungguh aman bahagia dan tenang. Banyak perkara baru yang ibu dan ayah pelajari selama lima hari berada di sana.

Waktu tiba di kampung halaman Abang Zamri, keluarga kami disambut meriah dan penuh hormat. Gembira sungguh mereka menerima tetamu. Masing-masing dengan wajah ceria dan menampakkan ketenangan. Adik-adik Abang Zamri semua mencium tangan ibu dan ayah sementara Shahrul dan Najib dipeluk seolah-olah kawan lama. Ayah dan ibu agak terkejut dengan situasi tersebut kerana sebelum ini anak-anak sendiri pun susah nak cium tangan.

Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedengaran daripada radio kaset mereka. kalau di rumah kami tu, dari pagi sampai ke malam dipenuhi dengan lagu-lagu artis tempatan dari luar negara.

Waktu Subuh sangat indah di sana. Sejak jam empat pagi lagi rumah itu telah dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat. Ada yang bertilawah, ada yang berzikir, ada yang solat dan sebagainya. Kemudian, yang lelakinya beramai-ramai solat fardhu Subuh berjemaah ke masjid. Oleh kerana malu-malu alah, Ayah pun terpaksalah bangun dan pergi ke masjid sekali.

Dari awal pagi lagi keluarga Abang Zamri yang lelakinya turun ke pantai yang nampak dari rumah mereka. Mereka duduk mengelilingi Pak Luqman, bapa kepada Abang Zamri untuk mendengar tazkirah pendek. Kemudian adik-adik Abang Zamri yang kecil berlari-lari anak dalam satu barisan sepanjang pantai. Abang Zamri dan bapanya pula membasahkan tubuh dengan air embun yang diambil daripada pokok-pokok kayu. Tujuannya untuk menjaga kekuatan badan. Ayah hanya tersengih apabila dipelawa oleh Pakcik Luqman. Begitulah rutinnya setiap pagi selama ayah dan ibu berada di sana.

Waktu bersarapan tiba. Semua isi rumah ada, tidaklah seperti rumah kami sarapan sendiri-sendiri. Mereka menghadap makanan dengan wajah yang manis, dimulakan dengan doa. Alangkah mesranya hubungan sesama mereka. Terasa suatu perasaan tenang yang sukar digambarkan. Sepanjnag masa makan, mereka banyak berbicara tentang kebesaran Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ayah dan ibu terpaksa bermuka-muka kerana tak tahu apa yang nak dicakapkan. Nak menyampuk… takut tak kena pula jalannya.

Selepas mengemaskan rumah secara bergotong-royong, adik-adik Abang Zamri berkumpul di serambi rumah. Mereka disertai oleh dua tiga orang anak-anak jiran. Rupanya mereka berlatih nasyid, siap dengan genderangnya sekali. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid popular dan juga lagu ciptaan mereka sendiri. Suara mereka yang berharmoni indah bergema sampailah ke tengah hari. Kata emak Abang Zamri, kumpulan nasyid budah-budak itu sering menerima jemputan di sekitar daerah. Selama lima hari di sana, ibu sudah jatuh cinta dengan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap album nasyid terbaru mesti dibelinya selepas itu. Dulu, ibu bukan main lagi… dengan karaoke dangdutnya yang terdengar sampai ke tengah jalan. Tentu ibu malu kalau terkenangkannya.

Sememangnya hubungan Pakcik Luqman dengan isterinya sangat baik… macam baru berkahwin. Mereka selalu tersenyum dan bergurau, malah nampak malu-malu walaupun sudah tua. Kalau duduk tu… mesti nak rapat-rapat. Isterinya pun bukan main taat lagi kepada suami. Mungkin inilah yang membuatkan ibu dan ayah terasa sangat. Al maklumlah, mereka di rumah memang tak nampak mesra. Bergurau jarang, bertegang leher selalu. Benda kecil pun nak bertekak. Ayah balik dari luar pun tak pernah ibu sambut. Masing-masing dengan hal sendiri. Berbincang hal agama… jauh sekali.

Pelbagai pengalaman baru yang ibu dan ayah dapat di Terengganu. Agaknya mereka telah menemui formula keluarga bahagia… dan mahu mempraktikkannya dalam keluarga kami. Alangkah indahnya keluargaku kini… alangkah sayangnya Allah kepada keluargaku… aku bersyukur kepada-Mu ya Allah.

“Eh, Ada dengar ke apa yang Mak ceritakan ni?” soal ibu apabila melihat aku tersenyum mengelamun.

“Eh… mmm…dengar Mak”, jawabku serba salah.

“Mak sebenarnya berkenan pulak dengan sepupu Abang Zamri di terengganu yang nama Shahrul tu…”

“Alah mak ni… nak cerita pasal kahwin le tu”, cetusku lalu segera beredar ke dapur.

Wahai lelaki… Janganlah dikau mengalirkan air mata mutiaramu itu…

Aku kenal dia. Dia lelaki yang kacak, ramah dengan senyuman. Penampilannya sentiasa kemas. Tidak hairanlah kalau ramai wanita tertarik dengannya. Tapi..bukan aku. Aku bukan tertarik pada wajah atau gayanya. Jauh sekali aku suka dengan sikapnya yang merendah diri dengan pekerja bawahan seperti aku. Walaupun dia salah seorang pegawai di sini, sebagai ketua yang ditempatkan di bahagian pengaduan, dia tetap tersenyum tatkala mendengar rungutan dan cercaan daripada orang awam. Pada aku, dia seorang insan yang tidak pernah marah dan tidak tahu bagaimana untuk marah. Itulah kelebihannya.

Tapi..itu dulu…

Kebelakangan ini aku lihat dia sering mendiamkan diri, kadangkala hanyut dalam dunianya sendiri. Pasti dia punya masalah, desis hatiku. Aku ingin bertanya, namun akalku menghalang. Aku tidak mahu dicop sebagai penyibuk. Lantas kuperhatikan saja gelagatnya. Sehari ke sehari, keadaannya masih seperti itu. Kalau dulu, dia seorang yang periang, dan selalu berbual dengan kami, tapi kini dia gemar membisu. Kalau dalam sesi mesyuarat atau taklimat, dia hanya akan berucap pendek. Senyumannya juga sudah tidak kelihatan. Aku semakin gusar melihat perubahan ketuaku yang seorang ini.

“Emma…bawakan fail mengenai minit mesyuarat yang lepas. Sekarang!” Interkom yang berbunyi mengejutkan aku. Interkom dari En Wan. Aku menjadi gelabah. Perasaanku berdebar-debar ingin berjumpa dengannnya sedangkan dulu akulah staf yang paling banyak berbual dan berlawak dengannya. Dia suka mengusik aku, kerana aku memang cepat merajuk sementelah aku juga tidak punya abang kandung. Kadang-kadang kami berpakat untuk mengenakan seseorang atau mengadakan surprise party pada teman-teman sepejabat. Memang kami rapat.

“Emma, pergilah. Mana tau kot-kot kau boleh tanya apa masalah dia. Kau kan baik dengan dia, mungkin dia boleh cool down. Pergilah…” Desak teman di sebelah.

Berkongsi

“En Wan…”panggilku perlahan. Dia memandangku sekilas sambil membuat isyarat menyuruh aku duduk. Aku lihat dia sedang leka mendengar alunan lagu. Lagu apa? Desisku dalam hati. Sampaikan buat tak tahu pada aku. Aku letakkan fail yang dipintanya di atas meja, namun tak diendahkan. Matanya sedang leka memandang melalui celahan tingkap. Pandangannya jauh.

“Telah kusiapkan satu daerah..paling sunyi..dalam hati ini..untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita…untuk kau beri erti dengan kelembutan..untuk kau hargai dengan kasih sayang…”

Aku amati lirik lagu itu. Entah kenapa aku rasa tersentuh. Patutlah kata Siti, dia selalu memainkan lagu ini berkali-kali. Aku mengalihkan pandangan kepadanya. Kebetulan, mata kami bertentangan.

“Maafkan saya…saya tak tahu apa masalah En Wan sebenarnya. Tapi kalau En Wan nak berkongsi masalah tu, saya sedia mendengarnya.” Luahku ikhlas. Aku lihat matanya membengkak. Takkanlah dia menangis, desis hatiku.

“Mahu ke awak kongsi, Emma? Sedangkan ini hal peribadi saya” Ujarnya serius.

Aku terpempan. Masalah peribadi?

“Aaa..asalkan En Wan tak bersikap dingin macam ni lagi. Saya nak En Wan happy macam dulu…Saya rindu nak tengok En Wan senyum!”Luahku tiba-tiba.

Dan mata kami bertentangan lagi…

Tergamak

Dia seorang lelaki yang hebat dari segi luaran, tapi hakikatnya dalamannya lemah. Aku sungguh tak menduga perkara seperti ini boleh terjadi padanya. Siapa sangka, seorang ketua yang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah-masalah orang awam dan masalah di kalangan staf mempunyai masalah yang lebih besar di rumah. Apalagi masalah itu melibatkan isteri sendiri. Seseorang yang dianggap kaunselor di pejabat, sebenarnya memerlukan kaunseling yang lebih hebat untuk dirinya sendiri.

Perbualan selama dua jam itu membongkar segalanya. Tahulah aku kini, mengapa sikapnya berubah tiba-tiba. Kenapa senyuman tiada lagi di bibirnya. Semuanya gara-gara rumahtangganya yang dilanda badai.

Dalam kepayahan, dia mula bercerita padaku tentang apa yang dipendamnya selama ini. Dan aku, hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Siapalah aku untuk menolongnya. Sedangkan aku masih mentah dalam soal rumahtangga. Berkasih pun belum, desis hatiku.

Namun, simpatiku tumpah tatkala diberitahu yang dia terpaksa bermalam di dalam kereta di luar rumah gara-gara berselisih faham dengan isterinya. Gara-gara dia ingin keluar sekejap bermain badminton dengan teman-teman. Salahkah tindakannya itu? Punca yang tidak logik, fikirku. Dan lebih memburukkan, kerana dia tinggal di rumah mertua. Justeru itu, segala masalah yang timbul antara mereka akan diadukan pada mertua. Dia jadi malu. Sudahlah menumpang di rumah mertua. Apalah kata mereka. Dua orang anaknya yang masih kecil itu pula sering jatuh sakit dan memburukkan keadaan.

Aku terdiam. Setahu aku, isteri En Wan seorang ustazah yang mengajar di sekolah menengah. Takkanlah seorang ustazah sepertinya tergamak membuat perkara-perkara sedemikian. Apa lagi bertengkar dan tergamak memarahi suami? Sepatutnya dialah yang lebih arif tentang hal-hal agama, bukannya bertindak melulu tanpa usul periksa. Aku buntu. Pelik memikirkan keadaan sekarang. Isteri sudah tidak segan silu memarahi suami, dan suami yang sepatutnya bertegas dengan isteri pula lebih suka berdiam diri.

Sejak waktu itu, aku menjadi pendengar setia En Wan. Setiap masalah yang dihadapinya, akan diluahkan padaku, kecuali hal yang berkaitan tempat tidur. Boleh dikatakan setiap hari, ada saja angin ribut yang melanda. Dan aku menasihatinya setakat termampu. Kami menjadi rapat, dan kadangkala keluar makan bersama. Dia lebih selesa dengan aku, kerana cuma aku yang tahu segala masalahnya. Mujurlah teman-teman memahami, dan tiada yang menganggu tatkala kami berbincang.

Jatuh Cinta

“Apa? Kau dah gila??”

Aku mendiamkan diri. Memang. Memang aku gila, Milah. Gila kerana jatuh hati padanya. Tapi perasaan ini hadir tanpa diundang. Bukan aku yang minta jadi begini.

“Kau ingat senang…bercinta dengan suami orang? Hey! Aku yang pernah bercinta dengan duda orang ni pun, sampai sekarang serik, kau tau tak?” Cebiknya lagi. Nyata dia tidak gembira dengan perkhabaran ini.

“Tapi..aku kasihan padanya, Milah. Sampai bila dia harus macam tu? Diabaikan isteri sendiri. Dah la anak-anaknya tu pun selalu sakit. Hati mana yang nak tenang Milah?” Ujarku pada teman serumah. Milah antara yang paling rapat denganku. Dan cuma dia yang pernah mengalami masalah seperti ini.

“Aku rasa…kau cuma kasihan padanya. Bukan cintakan dia!”

“Tapi Milah…aku..aku rasa aku nak berkongsi masalah ni dengan dia. Aku tak mahu dia sedih lagi. Aku tak sanggup biarkan dia hadapi masalah ini sendiri…” Luahku sebal.

“Emma..bercinta dengan suami orang ni bukannya senang. Ibarat menyeluk tangan ke dalam api. Sia-sia saja Emma. Apa yang kau harapkan dari dia? Cinta? Mungkin…Tapi takkan nak bercinta saja sampai tua? Kahwin…boleh. Tapi kau sanggup ke nak bermadu? Lebih-lebih lagi nak bermadu dengan orang yang semacam itu. Aku taknak tengok kau patah-riuk kena serang Emma. Banyak lagi benda yang boleh kau buat…”Ujar Milah serius. Temannya itu belum tahu lagi bahana menjadi orang ketiga. Walaupun dia tahu niat temannya itu ikhlas, tapi masyarakat tetap akan menghukum. Tentu dia akan dicop betina sundal, miang dan entah apa-apa lagi. Tiada siapa akan menyebelahinya. Dia tidak sanggup melihat Emma jadi begitu.

Aku tunduk. Aiar mataku tiba-tiba mengalir sayu. Kenapa niat murniku ini disalah ertikan? Aku ikhlas nak membantu En Wan. Mungkin dia perlukan sokongan dan suntikan semangat dari aku untuk meneruskan hidupnyaaa. Bukannya aku nak merampas kasih dia dan isterinya. Aku cuma ingin berkongsi. Salah benarkah aku?

“Lagipun Emma…kau hanya dengar masalah ini dari sebelah pihak aje..Mana tahu kalau dia hanya mengada-adakan cerita? Mungkin cerita yang sebenarnya lain, Emma. Kau belum dengar dari mulut isterinya lagi. Dalam dunia hari ini, macam-macam boleh jadi Emma. Tolonglah berhati-hati. Itu aje pesan aku!” Luah Milah sambil meninggalkan aku sendirian.

Perasaan

“Hello..assalamualaikum”Ujarku gugup. Terkejut kerana bukan dia yang menjawab panggilanku.

“Waalaikummussalam…haa ada ada apa ni? Ujar satu suara yang amat garang itu. Sudah pasti isterinya yang bercakap denganku.

“Mm..mmaaf puan..Ss..saya call dari pejabat ni..boleh saya cakap dengan En Wan sekejap?” pintaku sopan. Malang betul kerana terpaksa menelefonnya pada hari dia MC sebegini. Dah urusan pejabat.

“Siapa awak ni? Ada apa hal nak cakap dengan dia? Tak tau ke dia MC hari ni? Yang telefon tu buat apa? Ni mesti nak menggatal ni. Siapa ni hah?” Suara itu memetir membuat aku terkaku. Tanpa kusedari, aku meletakkan gagang telefon. Badanku menggeletar. Tahulah aku sikap isterinya yang sebenar.

Aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Entah kenapa, hati ini jadi tidak keruan. Tambahan pula mendengar suara isteri En Wan siang tadi. Terasa seperti hendak demam aku dibuatnya.

Patutlah dia sering saja murung dan bersedih. Siapa yang tak terasa hati kalau diherdik begitu. Nasib baik bukan pengarah yang telefon, desisku.

Aku merenung siling yang kosong. Fikiranku menerawang jauh. Aku cuba menilai diri sendiri. Bermula dengan menjadi pendengar masalah , alih-alih aku jatuh hati. Tapi aku bukan sengaja. Perasaan ini hadir lantaran rasa kasihanku padanya. Seorang suami yang dikhianati. Dan dia terlalu setia, fikirku. Masakan dia sanggup bertenang dan berdiam diri. Dituduh macam-macam oleh isteri sendiri. Punyai perempuan simpanan dan macam-macam lagi. Memang En Wan kacak. Aku sendiri tertarik padanya. Namun dia bukanlah lelaki seperti itu. Tak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan ke atas kami, stafnya. Kalau memang betul dia lelaki buaya, tentu dah lama dia buat begitu. Tentu juga bukan seorang mangsanya. Kenapalah isterinya tak mengerti. Kalaulah lelaki lain, mungkin sudah bertalak. Siapa yang tahan dicaci. Mungkin kerana isterinya seorang graduan sedangkan dia cuma lulusan STPM. Sebab itu dia memandang rendah akan suaminya. Namun, suami tetap suami. Maruah suami perlu dijaga. Walau seburuk manapun, dia tetap anugerah Tuhan buat kita. Cuba bayangkan dalam sekelip mata Allah mengambil nyawa En Wan, adakah mampu isterinya hidup sendirian bersama anak-anak yang masih kecil? Tahankah dia bergelar ibu tunggal? Cakap mungkin senang, tapi realitinya hanya Allah yang Maha Tahu.

Aku mengeluh. Air mataku mengalir pilu. Insan seperti aku hingga kini masih belum berteman. Walaupun belum bergelar andartu, tapi aku juga punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Aku kepingin mempunyai seseorang yang boleh kupanggil suami. Yang boleh menjadi ayah kepada anak-anakku kelak. Yang boleh membimbingku ke jalan Tuhan. Seronok hidup berteman, susah senang dikongsi bersama. Apalagi seseorang seperti En Wan yang bertanggungjawab. Bukan seperti kebanyakan lelaki kini. Habis madu sepah dibuang.

Dalam diam, aku bertekad. Kalau isterinya sudah tak mahu menyayangi dan menjaga hatinya, biarkan aku saja yang menemaninya. Aku nekad!

Aku Malu!

“Maafkan saya, Emma…Memang saya sayangkan Emma dan terharu dengan keprihatinan Emma. Kalaulah sejak dulu kita dipertemukan, mungkin kita daah bersama sekarang. Tapi keadaan dah berubah, Emma. Saya tak mampu…” Ujarnya perlahan. Matanya memandang jauh ke luar kereta. Kami berduaan di dalam kereta di tepi ombak pantai yang menderu.

Aku tunduk. Sampai hati En Wan menolak aku untuk bersamanya. Aku malu!!

“Saya tak faham En Wan. Mengapa En Wan harus bersaabr dengan sikap isteri En Wan tu? Dia dah jadi nusyuz. Apa yang En Wan harapkan lagi?” Ujarku dengan linangan air mata.

Dia diam. Lantas dia menforwardkan pemain CD kereta. Dan kemudian menekan butang play.

“Kerana engkau isteri…kuingin kau mengerti bahawa hidup ini..tak seindah yang kita janjikan..yang kita impikan..kerana kau isteriku…”

“Maafkan saya Emma. Tapi dia isteri saya yang perlu saya asuh. Walaupun payah, saya terpaksa. Kerana itu tugas saya sebagai suami. Dan saya kasihan kepada anak-anak yang masih kecil. Terlalu kecil untuk mengerti semua ini. Walaupun jiwa saya terseksa, namun saya terpaksa tabahkan hati. Kerana kami dah terikat Emma. Terikat dengan sebuah ikatan yang bernama perkahwinan. Saya akan cuba menjaga ikatan ini selagi hayat masih ada. Doakan saya berjaya, Emma. Dan maafkanlah saya..”

Oh Tuhan! Baru kini aku tahu…tidak semua lelaki yang ingin mengambil kesempatan atas dugaan yang hadir.

Dia antara suami yang tabah mengendalikan bahtera rumahtangga. Walaupun sukar…Hanya kerana sebuah ikatan suci. Hanya kerana seseorang yang bernama…

ISTERI !!

Cintanya Seorang Suami..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. Isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata :

”Pak kami ingin sekali merawat ibu. Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya…

”Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini. Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini. Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

”Anak-anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu mungkin bapak akan berkahwin lagi tetapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”

Sejenak kerongkongannya tersekat.

“Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain. Bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?”

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno. Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno.

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis. Tetamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru.

Di situlah pak suyatno bercerita. Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tetapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat dia pun dengan sabar merawat saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik semuanya.

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya kerana DIA maha Mendengar.

Kisah yang wajar kita teladani.

Tidak dapat saya pastikan sejauh mana kebenaran cerita ini. Namun, saya yakin masih ada suami-suami di luar sana yang masih memiliki sifat sedemikian rupa. Insya-Allah.

Apabila Ibu Melarang Anaknya Berjilbab

Assalamu’alaikum…

Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda dari seorang ibu..
Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya
melepaskan lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.
Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih
belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu
tua dengan anaknya.

Anak :Ibu..

Ibu :Hmmm ?

Anak :BU !

Ibu :APA ?

Anak :Mmm, anu … tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu :IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang
ke jarum ni. Susah pulak rasanya.Agaknya mata ibu sudah nak rabun…

Anak :Bu !

Ibu :Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak :Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai
jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak
Bu..?

Ibu :Jangan …

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak :Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya,
saya mau pakai jilbab ?

Ibu :Kan ibu kata JANGAN …

Anak :Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita
orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya..
betul tak bu…? Bolehlah bu..

Ibu :TIDAK !

Anak :Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai
jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam
yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwaj ibkan demikian, bukan
trend baru-baru ini aja.

Ibu :Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !
Anak :Jadi Ibu melarang saya nih… Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai
jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau
orang tu a itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu :Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak :WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu :JANGAN !

Anak :JILBAB !

Ibu :JANGAN !

Anak :JILBAB !!

Ibu :J A N G A N !!!

Anak :J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik
untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju
dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pi ntu untuk
mengetuk ….namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu …

Ibu :KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI… ..

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai (hehehe, serius tul baca nampak… Kite pun terkena jugak ;)

Bertemu Tidak Jemu, Berpisah Tidak Gelisah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu’alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu’alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata…

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu…

”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

Pertemuan…
menghadiahkan kita kasih sayang…
jika cinta satu pasti bertemu…
ia tidak ternilai…
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi…
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita…
jasad dan suara berjauhan senantiasa
namun cinta abadi…
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu…berpisah tidak gelisah..

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design