@Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
@Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.
@Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
@Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
@Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
@Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.
@Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
@Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
@Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
@Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
@Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
@Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
@Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
@Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
@Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
@Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
@Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
@Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
@Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
@Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
@Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
@Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
@Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
@Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
@Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
@Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
@Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
@Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
@Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
@Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
@Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
@Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
0 komentar:
Posting Komentar