Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

Jumat, 10 Desember 2010

Aku Bukan Pelacur

DUNIA KECANTIKAN DAN FESYEN MEMANG DIGEMARI WANITA. HAMPIR SEMUA WANITA TANPA MENGIRA KETURUNAN DAN UMUR, INGIN KELIHATAN CANTIK DAN BERGAYA. AKU JUGA TIDAK TERKECUALI. SEJAK REMAJA LAGI, AKU MEMANG GEMAR BERFESYEN DAN BEGITU MENGAMBIL BERAT ASPEK KECANTIKAN. MINAT INI SEBATI DENGAN DIRI SEHINGGA AKU BEKERJA DAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA.

NAMUN aku tidak sedar, penampilan diri dan cara pakaian perlu mengikut lunas yang ditetapkan Islam. Aku memang bertuah kerana dikurniakan kulit cerah dan potongan badan menarik. Aku sering menerima pujian dari teman-teman. Malangnya tanpa aku sedari, pujian yang aku terima akhirnya memakan diri. Di Universiti, cara berpakaianku terbatas. Maklumlah belum bekerja dan masih menuntut. Sebaik tamat pengajian, aku mula bekerja. Duit gaji, aku gunakan sepenuhnya untuk memenuhi hobiku - bergaya. Duit gaji aku habiskan untuk membeli pakaian dan alat solek. Dan mungkin Tuhan mahu mengujiku lagi. Aku bertemu jodoh dengan lelaki yang berkedudukan dan pendapatan tinggi. Ia membuka jalan yang luas untuk aku terus bergaya.

Aku gemar berkebaya ke tempat kerja. Bagi menampakkan susuk tubuh yang menawan, kebaya berkain belah yang aku pakai semua ketat belaka. Rakan sekerja memuji tubuh langsingkan walaupun sudah beranak tiga dan usia menjangkau 40-an. Mereka sering bertanya rahsia awet mudaku. Aku megah berkongsi rahsia kecantikanku dan terus lupa diri.

Tudung yang aku pakai tidak pernah menutup dada. Sengaja aku singkatkan untuk mempamerkan koleksi rantai yang selalu sedondon dengan warna baju. Setiap hari, aku pastikan rantai, cincin, gelang dan kerongsang adalah daripada warna senada dengan baju. Beg tangan dan kasut juga sentiasa matching.

Aku juga gemar mengumpul minyak wangi. Koleksi minyak wangi mudah aku peroleh kerana aku punya ramai teman pramugari. Kemana sahaja aku pergi, diiringi wangi-wangian semerbak. Aku bangga dengan penampilanku yang bergaya, lebih-lebih lagi selepas beroleh gelaran Datin di tempat kerja.

Suami pula tidak pernah menegur kerana aku pasti punya jawapan pada setiap tegurannya. Lagipun suami banyak bertuga luar daerah. Ini memudahkan aku bergaya tanpa batas sehinggalah suatu hari aku tersedar diri.

Hari itu aku mengemakan stor dan terjumpa kotak milik suami. Di dalamnya ada sebuah buku kecil warna hijau yang agak usang. Aku membelek-belek isi buku dan terbaca sebuah hadis Rasulullah,

“Jika seorang perempuan telah melakukan tiga perkara secara terang-terangan, maka disebut pelacur; iaitu keluar waktu siang dengan menampakkan perhiasan dan menunjukkan kecantikannya, memandang kepada yang lain dan mengeraskan suara supaya dapat didengar lelaki lain.”

Aku beristighfar panjang. Perkara satu dalam hadis itu memang terkena batang hidung sendiri! Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketMemang aku suka bergaya dan menampakkan perhiasan. Tetapi aku bukan pelacur, aku tidak mahu digelar pelacur.

Sejak itu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Tiada lagi kebaya ketat berkain belah, tiada lagi tudung menampakkan dada dan tiada lagi perhiasan berlebih-lebihan. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi. Aku bersyukur kerana disedarkan sebelum terlewat. Sesungguhnya, aku bukan PELACUR!!

0 komentar:

Posting Komentar

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design