Sependapat berhubung perkara yang disuarakan dalam surat bertajuk: Kecewa Aksi Drama Indonesia di Suria.
Masyarakat Melayu/Islam setempat berusaha gigih untuk memperbaiki keadaan masyarakat dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Ini termasuk usaha murni yang dijalankan Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan sebagainya. Badan-badan Melayu/Islam selalu mencari jalan untuk mengatasi masalah keciciran dan kenakalan remaja Melayu dan masalah lain, dan sejauh ini ada kemajuan yang dicapai.
Tetapi sayangnya, saluran Suria pula menyiarkan rancangan drama Indonesia dengan para pelajarnya senantiasa mabuk bercinta semsa di sekolah. Ini selain drama yang tidak membawa nilai-nilai positif, yang sekali gus tidak membantu usaha masyarakat dan badan Melayu/Islam setempat.
Ini belum termasuk konsert-konsert dengan para penyanyi mengenakan pakaian tidak sopan, yang dikuatiri boleh menjadi ikut-ikutan remaja kita. Cara dan usaha harus diambil Suria untuk menayangkan drama-drama yang lebih bermanfaat dan mampu memberi motivasi kepada remaja kita, seperti perlunya rajin belajar di sekolah, bukan sibuk bercinta!
Pada masa sama, kandungan drama Malaysia lebih baik, bahasanya mudah difahami dan aksi pelakonnya masih dibatasi norma-norma masyarakat Melayu/Islam di rantau ini. Media elektronik haruslah memainkan peranan positif dalam membangunkan masyarakat yang utuh dan usah harapkan pihak sekolah sahaja melakukan tugas ini.
Setahu saya, ada beberapa drama Indonesia yang disiarkan di sini kurang ditontoni masyarakat Indonesia di negara mereka kerana penonton di sana mendapati jalan ceritanya merepek.
Saya harap pihak Suria dapat menimbangkan maklum balas saya.
Yoyoh Rahmatul Ummah
Muslimah: Sebenarnya masih ada lagi drama-drama dari Indonesia yang berqualiti. Ia juga dapat dijadikan ikhtibar dalam hidup kita. Seperti drama Pintu Hidayah, Lorong Waktu, Kiamat Sudah Dekat dan masih banyak lagi. Cuma yang menjadi musykilnya, kenapakah saluran Suria menyiarkan drama-drama yang berunsur negatif?? Hiburan semata-mata dan kelalaian. Sudahlah jarang sekali menyiarkan drama-drama berunsur keagamaan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Semuanya berunsurkan hiburan sahaja. Saya pernah menonton siaran SCTV. Pada bulan Ramadhan, mereka menyiarkan rancangan-rancangan yang sungguh mantap. Penuh dengan keagamaan. Boleh dikatakan rancangan yang disiarkan dari terbitnya matahari sehingga pada waktu subuh. Segala yang disiarkannya penuh dengan unsur-unsur yang membawa kita kepada ibadah, keinsafan tentang kisah insan yang dhoif. Kenapakah rancangan seperti ini tidak menjadi pilihan untuk disiarkan di saluran Suria??
0 komentar:
Posting Komentar