Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

Kamis, 09 Desember 2010

ISABELLA -Part 5 : Kasih atau Tauhid


“Kalau inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di dalamnya. Selain daripada itu kami(orang Kristian) juga mengatakan tauhid sebagai inti agama kami,” ujar Ketua Paderi itu. “Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan. Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama, kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama, bererti PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai inti dasar agama tuan,” jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi menyambut jawapan Umar dengan mengatakan, “Pokoknya ialah tauhid itu datangnya dari kasih, dan bukannya kasih dari tauhid.” “Itu satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada Allah yang sebenarnya, kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih sahaja, belum lagi cukup untuk menjadi bukti kasihkan Allah.” Umar Lahmi menghujah kata-kata Ketua Paderi itu. “Tuan telah memulakan semula perbincangan yang panjang. Apa yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam,” ujar ketua paderi itu. “Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam,” sahut Umar dengan cepat.”maka bererti kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu, tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak ada ukuran dan tidak ada bukti.” Ketua Paderi itu mulai meradang.

Air mukanya, berubah. “Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?” “Cuma pengakuan mulut saja,” kata Umar Lahmi. “Kecuali ada ukuran kasih itu. Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima.” “Kini tuan membuat definasi tentan kasih pula. Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihani anak-anaknya?” Umar Lahmi juga sudah mulai gusar. Lalu dijawabnya. “Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih sdaja kita tidak akan sampai ke mana-mana kecuali semua syarat dipenuhi. Jikalau seseorang itu mengasihani seseorang yang lain, amka dia harus membuktikannya dengan pengorbanan diri dan harta bendanya dan barulah dapat dikatakan kasih yang sejati. Oleh sebab itulah Islam telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan perkataan lain disebut pengorbanan diri dan harta benda. Dalam Al-Quran, Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w “Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampumi dosa-dosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmat-Nya. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan akan Rasul-Nya. Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (*nota: Al-Quran, surah Al-Imran, ayat 31-32). Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan diantara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama tuan, tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa yang munafik boleh saja bangun berdiri dan berkata dia kasihkan Allah.” “Tuan mulakan lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai dengan segera. Bagaiamanapun, jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan Bapa maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?” Ketua Paderi itu bertanya. “Kalau Al-Quran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan, maka itulah bukti yang paling besar akan KETIDAKSEMPURNAANYA. Islam tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan, tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya dibandingkan dengan perkataan ”bapa” , ” jawab Umar Lahmi. “Mulut tuan terlalu lancang, mengatakan perkataan ”bapa” itu mengelirukan.” Nada suara Ketua Paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh perasaan marah.

Lehernya kelihatan tegang dan mulutnya berbuih sedikit. “Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang Islam sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan ”bapa”?” Melihat kemarahan Ketua Paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang berkata: “Tidak ada sebab untuk tuan niak marah. Saya hanya mengatakan perkataan ”bapa” itu mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah dan orang akan mengadakan pula anak Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa, kami orang Islam menggunakan perkataan ”RAB” yang secara tidak langsung menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir dan pemeliharaan-Nya tidak pernah berhenti. Jadi, dengan menggunakan perkataan ”RAB”, Islam telah mengajar bahawa pemeliharaan kasih Allah terus-menerus ada. Tetapi konsep ”bapa” membawa makna bahawa bapa itu akan mengasuh anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu sahaja, kemudian dia tidak akan diambil peduli lagi. Selain daripada itu, seorang bapa hanya dapat memelihara anak-anaknya di dalam perkara-perkara yang optional sahaja yang tidak dalam perkara-perkara di luar dari keupayaannya. Sebagai contoh, kalau anak itu jatuh sakit, bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu, sedangkan orang yang di dalam pemeliharaan Allah, adalah sebaliknya, kerana Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan Maha Berkuasa. Pemeliharaan-Nya kekal abadi. Ini membuktikan bahawa perkataan pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa. Lagipun, perkataan pemeliharaan menunjukkan ”Keesaan Allah (tauhid)” sementara perkataan ”bapa” pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai sekutu kepada Allah di dalam dunia.” Ketua Paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi, tetapi dia cuba juga menjawabnya dengan berkata: “Pengaruh pemeliharaan yang tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. Tuan tidak boleh menutup mata terhadap bapa. Jadi bagaimana orang dapat menerima perkataan yang tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. Tuan tidak boleh menolak pengaruh kasih bapa.” “Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah mengaburi pandangan tuan, kalau tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu,” kata Umar. “Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya. Kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara.

Pemeliharaan itu berterusan dari awal hingga akhir. Bukankah itu pekerkaan ”RAB” yang kita saksikan setiap hari?” “Kitab Suci Injil mengatakan bahawa Tuhan mempunyai kasih yang sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan puteranya yang satu itu untuk menyelamatkan manusia. Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya kerana kasih?” kata Ketua Paderi. “Keterangan dari Injil itu sendiri telah MEMBANTAH dakwaan tuan. Tuan maksudkan bahawa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih demi manusia yang kotor dan penuh dosa.” kata Umar berhujah. “Itukah pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang tidak bersalah? Tetapi ”RAB” tetap berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang zalim .Al-Quran dalam Surah Al-An”am ayat 164 antara lain ada mengatakan” ”Dan tiada seseorang yang berdosa memikul dosa orang lain.” Tetapi bapa tuan membunuh anaknya sendiri. Jikalau menyalib dan membunuh anaknya sendiri yang tidak bersalah dan tidak berdosa dikatakan ”KASIH”, maka kita tidak akan menyebutnya lagi sebagai kasih.” Ketua Paderi itu berpaling kepada para paderi yang lain sambil berkata, ” Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana orang-orang ini dapat memahaminya?” Dia kemudian memandang Umar Lahmi. “Hati tuan sudah tertutup. Kristus tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan kemari hanya menggusarkan saya saja.” Kemudian dia berpaling kepada paderi-paderi yang lain. “Kalian juga jangan lagi berurusan dengan orang-orang ini. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun juga.” “Tapi tuan…” Umar Lahmi mahu membantah. “Tutup mulut tuan.” Ketua Paderi itu membentak. “Saya sudah tahu akan tujuan tuan datang kemari dan tentang apa yang tuan ingin berbincang dengan kami..” Sambil menghucapkan kata-kata itu, ketua paderi memperlihatkan tatakrama Kristian. Dia terus bangun lau keluar dari dewan itu. Melihat keangkuhan ketua paderi itu, Umar Lahmi dan kawan-kawannya lalu bangun dan dengan suara kuat berkata, “NASRUN-MIN-A-ALLAHI WAFAT-HUNQARIB”. (*Nota: Al-Quran surah Ash_shaf, ayat 13: ”Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah dekat”). Mereka semua keluar sambil terus mengucapkan kata-kata di atas, sementara para paderi serta hadirin masih lagi belum hilang perasaan terkejutnya kerana sikap ketua suci mereka yang tiba-tiba saja meninggalkan perbincangan itu. Isabella hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dan tunduk malu terhadap tindakan bapanya, ketua paderi itu.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design