Masa berjalan begitu cepat, sudah 10 tahun berlalu sejak Isabella dan kawan-kawannya melarikan diri dari ibu bapa mereka. Dalam masa empat tahun itu, mereka telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan tentang agama Islam juga cukup medalam. Isabella kinimenjadi tumpuan kaum wanita di Cordova. Dia telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi dan diberi gelaran MUHADDISA – salah seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova. Isabella telah masyhur di seluruh Sepanyol kerana ilmunya. Dalam masa yang singkat, dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah rumit yang ada kaitannya dengan hukum-hukum Islam. Pada suatu hari, berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol, bahawa ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang awal dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan menyakinkan tentang kebenaran agama Kristian sehingga alim-ulama Islam yang terkenalpun agak susah mahu menolaknya. Selain itu, dia dikhabarkan mempunyai mukjizat yang menyebabkan dia mendapat tempat teristimewa di dalam hati penganut agama Kristian. Dia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit paling berbahaya hanya dengan sekali tenungan. Wanita Kristian ini telah mengetahui tentang Isabella yang telah meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam 10 tahun yang lalu. Dia lalu memgumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa jikalau Isabella menemuinya, dia akan membawa kembali Isabella kepangkuan agama Kristian dengan mukjizat dan kekuatan hujah-hujahnya. Berita itu heboh di seluruh Sepanyol hingga sampai ke telinga Isabella ketika berada dalam satu perhimpunan agama. “Saya telah juga mendegarnya,” kata Isabella apabila ditanya oleh seorang pelajarnya mengenai wanita Kristian itu. “Bahawa dia itu terpelajar dan ilmuan pula.
Malah menurut dakwaan orang-orang Kristian, tidak ada alim ulama Islam yang boleh menandingi pengetahuannya tentang Kitab Suci Al-Quran dan Hadis. Jikalau dia benar-benar mahu berkonfrontasi dengan kita, silalah datang kemari dengan segala penyokong-penyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu.” Seperti yang dijanjikan, pertemuan Isabella dengan wanita Kristian itu telah diadakan di Insititutsi Pengajian Al-Quran di Cordova. Isabella dengan penuh mesra menyambut kedatangan semua tetamunya. “Kahabarnya, anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu menerima, (barang dijauhi Allah), agama palsu, iaitu Islam. Kata perempuan Kristian itu. “Lebih baiklah setelah sudah perdebatan ini anda kembali ke agama Kristian.” Isabella tersenyum mendengarnya lalu menjawab. “Biarpun saya dibakar hidup-hidup, saya tidak akan meninggalkan Islam. Namun demikian, kerana anda datang kemari, maka saya ada hak untuk bertanya di mana di dalam Injil ada tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian? Dalam Injil, Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk mendakwah kepada mereka khusus.” “Apakah ada tertulis di dalam Injil, bahawa pintu agama Kristian itu tertutup kepada semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda membuang agama Kristian?” Tanya perempuan Kristian itu dengan nada sinis. “Ya, ada ditulis di dalam kitab Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang mengatakan: ”WA RASULAN ILA BANI ISRAEL” yakni Jesus Kristus itu diutuskan sebagai nabi Israel(Yahudi) dan di tempat lain dalam Al-Quran ada disebutkan: ”WAJA ALNAHUMISLAN BANI ISRAEL” : yakni kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada orang-orang Israel . Dan ini bererti bukan untuk seluruh dunia.” “Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di hadapan saya?” tanya perempuan Kristian itu lagi. “Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu bahawa dalam soal ini Kitab Suci Al-Quran dan Injil adalah SAMA. Dalam Kitab Matius bab 10 ayat 5 ada dikatakan: ”kedua belas orang murid itu telah diutuskan oleh Jesus dan dia berpesan kepada mereka: ”Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel!” . Di dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21, ada dikatakan: ”Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon, maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata. ”Kasihanilah aku, wahai anak Daud,kerana anak perempuanku telah dirasuk sayitan dan sangat menderita.” Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawab. Lalu murid-muridnya datang dan meminta kepadanya. ”Suruhlah ia pergi, ia mengekori kita dengan berteriak-teriak.” Jawab Jesus: Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Isreal”. Nah! Itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahawa Jesus Kristus TIDAK diutus sebagai nabi kita semua, tetapi hanya untuk orang-orang Isreal sahaja, bukankah lebih baik anda ikut perintah Tuhan anda?Mengajak orang lain masuk Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan anda dan anda telah menderhakainya, kata Isabella dengan nada sinis. “Apa yang anda tahu tentang Injil?” kata perempuan Kristian itu. Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat itu. Dalam Injil tidak ada ditulis bahawa Injil tidak boleh diajar di mana-mana. “Tidak ada?” tanya Isabella seperti mengejek. “Jangan membuat bohong kering Isabella. Sekurang-kurangnya di depan khayalak ini anda patut menahan diri dari berbohong,” kata perempuan Kristian itu. “Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis. ”Dia berkata kepada mereka, pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua makhluk. Barang siapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat dan barang siapa tidak percaya, maka dia akan disiksa”. Lihat betapa jelasnya untuk mengkristiankan seluruh umat dunia.” “Anda barangkali tidak tahu,” kata Isabella. “Ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Injil yang awal(asal) hanya sampai ayat 8 saja. Anda jangan cuba kemukakan hujah dari Injil yang sudah dimanipulasi.” “Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?” kata wanita Kristian itu agak terperanjat. “Dari penyedikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah dibandingkan dengan naskah-naskah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu.(*NOTA: di dalam edisi bahasa Urdu, Kitab Injil yang digunakan di India sekarang, ayat-ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat secara catatan pinggir .) “Kerana kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original, maka saya tidak dapat berkata apa-apa sebagai jawapannya.” Ujar perempuan Kristian itu. “saya akan mejawab apabila saya mendapat Injil original nanti. Tetapi apakah ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda sampai menerima agama Islam?” “Mengenai hal itu, saya telahpun berbincang secara terperinci dengan paderi anda. Tanyalah kepada mereka,” kata Isabella. “Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu. Sekarang, cuba terangkan kepada saya apakah kelebihan-kelebihan Islam itu yang telah anda pelajari?” tanya perempuan Kristian itu. “Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan saya mencintai Islam, ” kata Isabella. “Kenapa anda enggan mahu menyebut kelebihan-kelebihan Islam?” Perempuan itu terus mendesak. “Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Isabella! Cuba dengar baik-baik. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh Sepanyol ini dalam ilmu pengetahuan dan jangan anda cuba fikir bahawa saya ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu pertanyaan sahaja kepada anda yang boleh menjelaskan yang hak dan yang batil biar se-terang hari siang. Cuba beritahu saya kualiti mana satu yang lebih tinggi: PERADILAN lebih tinggi daripada hukum rahmat ataupun HUKUM RAHMAT itu lebih tinggi daripada syahadat peradilan?” “Kedua-duanya itu tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan rendah serta tidak berguna kalau bukan pada tempatnya,” Jawab Isabella. “Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?” Perempuan Kristian itu bertanya kembali kepada Isabella. “Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada tersebut hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil adalah hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus sahaja yang dikhaskan untuk penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum rahmat?” “Saya telah katakan bahawa kedua-duanya betul pada tempatnya masing-masing. Jikalau seseorang yang berbuat salah itu diampunkan dengan andaian bahawa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan rahmat akan menyusul kemudian, tetapi kalau dikhuatiri bahawa yang berbuat salah itu semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidak-adilan kepada yang berbuat salah.” “Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peadilan ataupun hukum-hukum rahmat?” tanya lagi perempuan Kristian itu. Isaballa lantas menjawab, “Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-hukum peradilan dan bukan hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada tempat masing-masing. Kitab suci Al-Quran sebaliknya merangkumi kedua-duanya,PERADILAN dan RAHMAT telah menunjukkan jalan yang benar bagi penggunaan kedua-duanya itu. Dalam Al-Quran, Surah 42 ayat 40 ada disebutkan kira-kira begini: ”Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya.” Inilah hukum-hukum PERADILAN dan selanjutnya ayat itu diakhiri dengan ”Barangsiapa yang memberikan maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahalanya akan diberikan Allah, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim.” Ini ialah hukum-hukum RAHMAT,” kata Isabella. “Di tempat lain Al-Quran iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 126 ada disebutkan kira-kira begini: ”Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai pembalasan, maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang ditimpakan ke atas kamu”. Ini ialah PERADILAN dan ”Demi Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar”. Ini RAHMAT. Di tempat ketiga pula iaitu di dalam Surah AL-Baqarah ayat 280 ada disebutkan kira-kira begini. ”Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang yang berhutang, maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup membayarnya”. Ini PERADILAN lagi. Tetapi ”kamu bersedekah kepada orang yang papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang, adalah lebih baik bagi kamu menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu mengetahui”. Itu RAHMAT lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi pengertian tentang PERADILAN dan RAHMAT.” Perempuan Kristian itu lalu menyampuk. “Quran menyuruh mengambil tindakan membalas, tetapi Injil melarang tindakan serupa itu, sebaliknya disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah terbukti dengan jelas.” “Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi KEKURANGAN! ,”jawab Isabella dengan segera.
“Andaikata orang melakukan kejahatan dan jenayah , maka kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta ketenteraman akan terganggu. Kitab suci Al-Quran MEMBENARKAN penggunaan kedua-duanya sekali: PEMAAFAN dan PEMBALASAN menurut keadaan yang sepatutnya dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia.” “Ah, betapa tidak adilnya anda menolak semua perkara-perkara yang baik dari kami,” kata perempuan Kristian itu. “Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka, sedangkan nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan bahawa contoh dari Injil dan Tuhan kami sahaja yang boleh membawa kepada keselamatan.” “Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi itu adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang” Isabella membalas, “tetapi sangat sedikit pula daripada mereka itu yang tahu akan signifikasinya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik dan buruknya moral terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali. Cuba perhatikan! Pengampunan dan pemaafan akan tinggi nilainya apabila pemberi maaf mempunyai kuasa untuk membalas. Jikalau seseorang yang lemah dan tidak berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai satu kebaculan sahaja. Nabi kami(Muhammad s.a.w) memiliki kekuasaan moral ini, sebab itu kemaafan dan pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya. Setelah beliau menakluki Mekah, orang-orang musyrikin yang kejam telah dibawa ke hadapan baginda, tetapi baginda membebaskan kesemuanya dengan berkata: “Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas!” Kalau baginda mahu, baginda dapat mencincang-cincang mereka itu, kerana baginda sedang menunggu perintahnya saja.
Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana kedudukan nabimu waktu dia memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan dan tidak ada kuasa untuk membalas dendam maka apa lain yang dapat dilakukan olehnya kecuali memberi maaf? Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuhnya maka sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan. Kesabaran dalam keadaan tidak berdaya maka dia bukanlah kemaafan.” “POOOOH!, Isabella!” Perempuan Kristian itu mendesit. “Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai orang yang bermoral? Dan jangan cuba memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang tidak pernah menumpahkan darah barang setitik pun.” “Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut yang keliru. Nah, saya mahu mengemukakan kepada anda tentang KEBERANIAN dan tentang anggapan anda terhadap baik atau buruknya peradilan.” Isabella terus bertanya. “Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh membantahnya?” jawab perempuan Kristian itu. “Bagus. Nah, cuba beritahu saya, apakah keberanian dapat dilahirkan selain daripada di dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah dianugerahkan oleh Allah kepada nabi kami, yakni dia melakukan peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai kekuasaan untuk memerintah. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan peradilan. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan anda?” “Anda fikir peperangan itu satu kelebihan yang besar?” Tuhan kami membawa seruan perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan.” jawab perempuan Kristian itu.
“Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah RAHMAT kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang PEJUANG dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan teladan yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup,” kata Isabella. “Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella,” ujar perempuan Kristian itu. “Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka berperang dengan seorang yang membawa kedamaian?” “Kalau menerangi musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya dihabiskan dengan memerangi musuh-musuhnya yang disaksikan dalam Kitab Perjanjian Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang nabi perdamaian dan keamanan dan dia selama hidupnya tak pernah berperang? Tetapi nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau baginda di satu pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di pihak lain seperti Kristus, baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada dunia. Maka baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus,” kata Isabella. “Nampaknya anda kini sudah terlalu bijak. Tetapi saya tidak akan membiarkan sehingga anda saya kalahkan,” ujar perempuan Kristian itu. “Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya supaya semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutinya dengan saksama, dua kali dua empat. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat bandingan Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada anda.” “Saya akan jawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila kemukakan,” kata Isabella.
“Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan.” Perempuan Kristian itu mencabar Isabella. “Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah perbahasan ini kita teruskan.” “Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?” tanya Isabella. “Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka Islam benar, kalau tidak ia adalah palsu,” kata perempuan Kristian itu. “Kerana bagi tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabi-nabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan kedua dia ada melakukan mukjizat.” “Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat anda?” tanya Isabella. “Mengapa pula tidak?” jawab perempuan Kristian itu. “Apakah ada nabi-nabi yang terdahulu yang telah memberitahu tentang kedatangannya?” “Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seorang nabi itu nyatalah salah dan nakal. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari mukjizat melebihi Jesus sendiri,” kata Isabella. ” Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Baiklah, bolehkah anda membuktikan kerasulan nabi anda?” Jawab perempuan Kristian itu dengan nada yang agak marah. “Soalan yang serupa pula yang hendak saya kemukakan kepada anda. Atas dasar apa seseorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Yaakub, Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba, biar saya dengar hujah-hujahnya dan atas dasar yang sama pula insya-Allah, kerasulan Nabi akhir zaman akan saya buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi bagi anda untuk menolaknya,” ujar Isabella. “Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan,” jawab perempuan Kristian itu ringkas. “Peranan apa?” tanya Isabella cepat. “Cubalah perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar perbahasan kita ini.” Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab, seolah-olah berfikir.
Dia menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada penyokong-penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir kalau-kalau dia tidak dapat menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta kehilangan kepada orang-orang Kristian seluruhnya. Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang Isabella dengan pandangan yang kosong. “Kami tidak tahu tentang nabi-nabi yang lain. Kami hanya menaruh perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi yang lain itu.” Mendengar itu, Isabella dengan cepat mendesak. “Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan kriteria yang serupa pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan dibuktian.” “Bukti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan orang yang sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta, menyembuhkan penyakit kusta dan menyelamatkan orang yang dirasuk syaitan,” kata perempuan Kristian itu. “Apakah bukti bahawa Tuhanmu telah melakukan semua itu? Mana dia orang yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti pada zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat. Itulah MUKJIZAT SUCI KITAB AL-QURAN yang mencabar seluruh dunia, andaikata iaitu rekaan dari nabi kami, maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya.
Buatlah kira-kira sepuluh ayat atau beberapa ayat sahaja atau satu ayat yang sama tetapi sampai saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah berhala atau tuknag sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Inilah mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini adalah fana, yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang didongengkan.” “Anda telah mulai bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan lagi. Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat, yang membenarkan BERKAHWIN EMPAT ? Dengar sini! Tuhan kami telah mengatakan bahawa ia adalah jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa.” “Kitab suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan kahwin sampai empat. Ia memberi KELULUSAN untuk melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana keadaannya dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian Lama, mereka mempunyai beratus isteri. Tentang pengakuan Tuhan anda bahawa iaitu jalan kebenaran dan kehidupan, betapa pula hal itu boleh menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi yang diutuskan ke dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan. Tuhan anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran mengatakan tentang nabi kami bahawa dia itu bukan sahaja di jalan yang benar tetapi juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain.
Dalam Kitab Suci Al-Quran Surah Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira begini: ”Dan sesungguhnya, engkau benar-benar memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus”. Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahawa Nabi kami bukan sahaja dia itu menjadi kehidupan tatapi juga ia datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini. Dalam surah Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah: ”wahai segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu. Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu dikembalikan”. Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallaalaihi wassalam telah mengislamkan orang-orang yang biadap, yang keji, penindas, bodoh, pencuri, pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya. Baginda telah memberikan kehidupan kepada orang-orang Arab dalam masa hayat baginda. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka itu juga dia tidak memberikan seluruh kepercayaannya kerana seperti yang dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka itu, sebahagian daripadanya tidak jujur.” “Anda bercakap terlalu banyak,” kata perempuan Kristian itu. “Tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah dilakukan kepada nabi anda.” “Nasihat saya kepada anda,” kata Isabella pula. “Ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan logik anda itu tetapi cuba meyakinkan saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat anda telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu daripada anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik.” “Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjuzat saya,” jawab perempuan Kristian itu. Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar jawapan itu dan semua yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat mendengarnya.
Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan rasa malu sementara orang-orang Islam mengucap syukur kepada Allah dengan hati yang gembira. Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa yang mahu diucapkannya lagi. Isabella yang memerhatikan keadannya itu berkata: “Barangkali anda letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok pula. Nah, sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang.” “Saya tidak akan bangun,” jawab perempuan Kristian itu. “Selagi kita tidak dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatalan. Barangkali juga anda yang letih.” “Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa sebarang halangan sehingga yang benar dan yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. Apa yang saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak lain,” jawab Isabella. “Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini sampai selesai,” kata perempuan Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya. “Nah, sekarang cuba katakan apa perlu laginya Islam setelah agama Kristian tersebar luas dan menyeluruh?” “Jikalau Islam tidak datang,” jawab Isabella. “Kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Islam mengajar manusia tentang ketaatan dan kesucian. Saya akan huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab mengapa Islam diperlukan. 1. Islam dengan kedatangannya telah MENYEMPURNAKAN agama yang terdahulu, kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat (universal). Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu. 2. Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan Al-Quran MEMBERSIHKAN PENYELEWENGAN tersebut. Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus Kristus sebagai Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan sekutu kepada Allah, ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam. Agama Islam membawa sinar matahari ketauhidan Allah dan menyembah zat kebesaran Allah dan kekuasannNya yang tulen kepada dunia. 3. Ahlul kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada nabi-nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu dan penzina dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan keras MENOLAK, MEMBANTAH, MENAFIKAN tuduhan-tuduhan tersebut dan meletakkan kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.
4. Ahlul kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahawa kitab-kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran MEMDEDAHKAN PERBUATAN JAHAT mereka, penipuan mereka, dan mengemukakan semua ajaran yang sebenar dan tulen dari kitab-kitab yang terdahulu itu, sehingga kita tidak perlukan kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi yang terdahulu. 5. Oleh sebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya hanya khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu sahaja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek yang diperlukan oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman maka Kitab Suci Al-Quran telah MENGISI KEKESOANGAN jurang itu dan setelah MENYEMPURNAKAN tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh manusia sehingga Hari Kiamat. “Nah! Sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?” Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-hujah yang dikemukan oleh Isabella, perempuan Kristian itu lalu menjawab. “Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda tidak sedikit pun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian kenabiannya. Kerana persoalan ajarannnya itu datang sesudah masalah ini dihuraikan.” “Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan saya secara kasar menyebutkan keperluan-keperluan itu,” jawab Isabella. “Sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah itu.Saya telah berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia sekarang ini, iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya.
Jikalau ada orang yang mengatakan bahawa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu daripada Allah, dia haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan dengannya. Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah melakukannya untuk menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu maka jelaslah tanpa ada cabaran apa pun juga bahawa Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat kenabian, Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai dengan intruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnyaseluruh jazirah Arab tunduk di bawah Islam. Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk menunjukkan bahawa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam itu.” “Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak untuk diikut. Bagaimana boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan berkahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi seorang reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami bahawa dia tidak pernah kahwin sepanjang hidupnya,” kata perempuan Kristian itu. “Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidakperlu kahwin, jawab Isabella. “Tetapi sebaliknya nabi kami,Muhammad sallalla alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia lain juga, maka dia merasakan desakan tabii kepada perkahwinan. Saya khuatir, anda tidak akan dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin.” “Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada yang lain,” kata perempuan Kristian itu. “Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda telah mengakui bahawa Tuhan anda itu Tuhan Anak!” Isabella menempelak. “Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan tetapi sebagai manusia,” jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari perangkap yang disediakan oleh Isabella. “Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda itu? Dan bagaimana pula definasi manusia yang sempurna?” “Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak akan dapat apa-apa kesukaran,” jawab perempuan Kristian itu. “Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir kini anda telah sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima,” kata Isabella. “Anda telah mengatakan bahawa manusia yang sempurna ialah orang yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa. Persoalannya timbul bahawa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai suami atau isteri dan anak-anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Kristus di dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak ada berkata apa pun juga dalam perkara ini.
Persoalan yang sama timbul, orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan lain-lain bangsa bukan Kristian, kriteria mana pula yang anda ikut dalam kehidupan Tuhan anda itu?” “Tuhan kami tidak pernah berperang dalam peperangan apa pun dan tidak kahwin. Jadi persoalan ini tidak timbul,” jawab perempuan Kristian itu agak gugup. “Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau berkahwin namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga. Sedangkan manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati yang contoh standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini yang menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali kehidupan orang-orang Kristian?” tanya Isabella. Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian itu lalu berkata: “Tuhan kami adalah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya dengan kehidupan fizikal?” “Saya bersetuju bahawa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahawa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah. Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model. Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. Tida syak sedikit pun bahawa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tatapi kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah kehidupan kesempurnaan. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi wassalam menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak besar sikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria, kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Thaif, hidup dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya, menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatimdan janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah, mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah, membina masjid, menyelesaikan perselisihan faham antara suku kaum, memimpin solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatuh tentera dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badardan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannnya di dalam siasat peperangan. Baginda mengadakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara,jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad saw. sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya.
Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya. Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai. Pendek kata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad sallallah alaihi wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan, kepimpinan, memberi nasihat dan mengimami solat, dalam hidup bersara, mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa sajatugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan yang beradab. Begitulah dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkanterdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut keadilan, dan kejujuran maka kita harus mengakui bahawa dalam diri Nabi akhir zaman, Muhammad sallallah alaihi wassalam terhimpun semua tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas, pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adab sopan yang mulia.” Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak, terpesona dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella yang lancar dan teratur malah perempuan Kristian itu juga yang menagku boleh melakukan mukjizat terpukau seperti orang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati perempuan Kristian itu sudah TERPUKUL dengan penuh kehinaandan dalam keadaan dukacita yang amat sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu. Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Haffiz, anak muda terpelajar yang ikut menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah yang disampaikan oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri.
Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu dipimpin untuk datang kepada bayangan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sepanjang hayatnya Isabella terus menyembahkan baktinya kepada keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak yang lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam lautan dunia pembelajaran, Ilmu Hadith dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah mendapat faedah daripada ilmunya. Isabella telah hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol dan berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadiannya yang terakhir. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk arwahnya dan memanjatkan doa ke hadrat Allah subhanahu wa taala agar rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh. Sebagai penutup kisah ini, kita juga dengan menundukkan kepala memberi hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang di kasihi-Nya. Amin. Firman Allaw swt. dalam Surah Al-Baqarah ayat 146: ”Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya.”
0 komentar:
Posting Komentar