Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

Jumat, 10 Desember 2010

Jangan Bersedih Kerana Tertimpa Kesulitan!

La Tahzan!!

latahzanoo12

Kesulitan-kesulitan itu, sebenarnya, akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan rasa ujub, dan menguburkan rasa sombong. Kesulitan-kesulitan itu; akan meluruhkan kelalaian, menyalakan lentera dzikir, menarik empati sesama, menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang-orang yang soleh, merupakan wujud ketundukan kepada tiran, merupakan sebuah penyerahan diri kepada Dzat Yang Esa, merupakan sebuah peringatan dini, sebuah upaya untuk menghidupkan dzikir, merupakan upaya untuk menjaga hati dengan bersabar, merupakan persiapan untuk menghadap Sang Tuhan, dan sebuah sentilan untuk tidak cenderung pada dunia, merasa aman dan tenang dengannya. Kerana kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih besar, dosa yang ditutupi itu jauh lebih besar, dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar.
Fikirkan & Syukurilah!!
Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada anda. Kerana DIA telah melipatkan nikmat-NYA dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.
Jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.
(QS. Ibrahim: 34)

Kesihatan badan, keamanan negara, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah, anda memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyadarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Dan, Dia menyempurnakan nikmat-NYA kepadamu lahir dan bathin.
(QS. Luqman: 20)

Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat RABB kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS. Ar-Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah? Sedangkan kaki seringkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus-menerus tanpa henti. Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang menyenangkan, sedangkan keduanya bisa sahaja tidak kuat dan suatu ketika akan patah?

Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita manakala tertidur lena, ketika sanak saudara di sekitar anda masih ramai yang tidak bisa tidur kerana sakit yang ditanggungnya? Pernahkah anda merasa nista manakala dapat menyantap makanan lazat dan minuman dingin saat masih ramai orang di sekitar anda yang tidak bisa makan dan minum kerana sakit.

Cuba fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya ALLAH menjauhkan anda dari ketulian. Cuba renungkan dan sentuhlah kembali mata anda itu yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit anda yang terbebas dari penyakit lepra dan supak. Dan renungkan betapa dasyatnya fungsi akal anda yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Apakah anda ingin menukar mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda hingga anda menjadi bisu? Mahukan anda menukar kedua tangan anda dengan untaian mutiara sehinggalah tiada yang tersisa lagi untuk dirimu sendiri?

Begitulah, sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh, tetapi anda tidak menyedarinya. Anda tetap merasa resah, suntuk, sedih dan gelisah meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur selenanya, dan kesihatan untuk terus melakukan kebaikan di dunia yang fana ini.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga anda pun lupa mensyukuri yang tersedia ada di hadapan mata. Jiwa anda mudah tergoncang hanya kerana kerugian materi yang mendera. Walhal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jembatan penghanta kebahagiaan, karunia-NYA, kenikmatan dan sebagainya. Maka fikirkanlah semua itu, dan kemudian sama-samalah kita bersyukur…

Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.
(QS. Adz-Dzariyat: 21)
Fikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling anda. Dan janganlah termasuk golongan…
Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingkarinya.
(QS. An-Nahl: 83)

0 komentar:

Posting Komentar

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design