Musleemah says: Rasa perlu sangat post artikel ini kerana dalam beberapa hari akan menjelang tiba kononnya Hari Valentine’s Day. Kalau di Singapura, begitu ghairah sekali anak melayu islam remaja kita menyambutnya. Kalau boleh satu Singapura punya bunga mereka ingin hadiahkan untuk pasangan kekasih hatinya. Baik daripada murid-murid primary, secondary, college, universiti… Semua diantara mereka sedang hangat menyiapkan hadiah-hadiah yang akan diberi pada 14 Februari. Yang ada pula siap mecari ‘pasangan segera’ sama persis ‘mee segera’ dalam beberapa minit boleh mendapatkannya.
Do you mind being my boyfriend about one to two days??
Supaya tidak dianggap ketinggalan kerana tidak memiliki kekasih hati pada hari tersebut. Begitu sekali cara pemikiran mereka? Al-maklumlah itu cara pemikiran yang berwawasan tinggi dengan pergaulan yang agak bebas di dunia Singapura ini… Wallahu ‘alam… Mari kita baca cerita dari Sistacool dibawa ini…
Sistacool says: Ghairahnya mereka di ambang 14 Februari yang akan muncul di muka pintu dalam masa beberapa hari ini.
Macam ‘Hari Raya kecil’ pula bagi sesetengah golongan belia ini sehingga mata meronda mencari barangan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ‘si dia’ – baik yang ada di sekolah yang sama ataupun yang bergelar steady.
Saya nak beli sejambang mawar untuk temanita sayalah.
Bisik seorang pelajar lelaki berkaca mata retro kepada temannya.
Suaranya diperlahankan, bimbang penumpang-penumpang MRT yang lain (termasuk Sista) terdengar. Tetapi, dik… kita dah terdengar pun! Nak shopping untuk Valentine’s Day, ya??
Sewaktu ke kedai-kedai cendera hati sekitar bandar pun, ia dibanjiri gadis-gadis yang rambang mata melihat kotak-kotak berbentuk hati dan juga beruang-beruang comel untuk ‘si dia’.
Er… rasanya macam tak macho kalau dapat beruang! Tetapi memandangkan makwe yang beri, kita terima saja!
Ujar seorang adik angkat Sista, Amir, yang turut tersampuk nampaknya dengan Demam Valentine’s.
Sista sudah dapat menjangkakan Sabtu ini, mata ini akan nampak warna merah dan merah jambulah di mana-mana. Akan kelihatanlah gadis-gadis memeluk jambangan bunga dalam bas, MRT atau kefeteria dan restoran makanan segera. Pawagam gerenti lebih penuh daripada biasa. Budak-budak Melayu kita pun, ‘tumpang sekaki’ walau Valentine ini bukanlah budaya kita dan buat apalah nak diagung-agungkan.
14 Februari juga dipanggil Hari Persahabatan sejak sekian lama. Mungkin untuk tidak mengecualikan mereka yang belum berpunya. Seorang adik angkat Sista, Liza, memberitahu Sista, di sekolahnya akan ada hari untuk saling bertukar-tukar hadiah. Justeru, semua orang pulang taklah dengan tangan kosong.
Hai… bila dikenang-kenangkan tentang remaja-remaja hari ini, banyak duit juga ya? Atau tak sayang duit ke?
Ada yang sampai hadiahkan telefon bimbit atau jam tangan mahal kepada ‘si dia’ sempena Hari Kekasih. Walhal, kedua-duanya masih bersekolah lagi dan mengharapkan belas ihran ibu bapa untuk membayarkan bil telefon!
Bagaimanapun, apa yang ingin Sista bincangkan sebagai renungan bersama bukanlah soal Hari Kekasih atau Hari Persahabatan.
Sebaliknya, tentang beberapa tanggapan remaja tentang takrifan moden dan power, seiringan dengan proses menjalin kasih dengan teman sebaya.
Baru-baru ini, seorang lagi adik angkat Sista, Idah, memberitahu Sista bahawa dia agak bimbang melihat perkembangan teman-teman sebayanya.
Katanya, S (seorang remaja yang Sista kenali dan nampak macam budak baik-baik dengan ibu bapa yang penyayang) bagaikan berbangga kerana melakukan sesuatu ‘perkara’ pada usianya mencecah 16 tahun.
Kita pergi hotel tau! Dan, er… buat you know what…
Ujar si S kepada adik angkat Sista ni.
S memberi bayangan bahawa dia dan teman lelaki yang baru dikenalinya selama lima bulan telah melakukan hubungan seks meskipun ayatnya tidak disambung habis.
Meskipun teman-teman lain ada yang dengan nada sinis berkata:
Alah… budak descent macam dia mana nak buat ni semua? Pergi hotel? Alah… kita pun selalu pergi hotel… masuk kafeteria, pergi high tea. Si Jo lagi terror. Hari-hari masuk hotel… kawan dia 10 budak perempuan ah… pasal apa tau… dia kerja sambilan di hotel!
Rasanya apa yang ingin dibangga-banggakan S bukan sesuatu yang wajar.
Adakah itu takrifan moden atau matang baginya? Adakah dia ingin teman lain mengaguminya atau merasakan dirinya ‘berani gila’? Atau ia setakat kata-kata muluk untuk kononnya menyuntik keyakinan diri padanya yang selalu rasa terpinggir kerana tidak mudah menemui teman lelaki, berbanding beberapa teman-temannya yang secara semula jadi popular kerana cantik atau mempunyai budi pekerti.
Bahaya kalau remaja terpengaruh dengan unsur-unsur negatif dunia Barat dan gaya hidup bebas yang tiada asas. Kalau nak setakat ikut-ikut kawan untuk kononnya bergelar ‘berani’ atau happening, memang tidak kena tempatnya.
Dalam pada itu, remaja tidak harus salah takrifan bahawa petanda keyakinan diri itu ialah apabila dirinya itu berani melakukan perkara yang dilarang baik dalam konteks agama Islam ataupun mengikut etika ketimuran kita.
Ia sebenarnya terpancar daripada hati yang ikhlas dan tahu apa matlamat hidup jangka panjang.
Memang sesetengah remaja rasa resah hati kalau dirinya terbiar tanpa teman lelaki atau temanita.
Yang ada tu Sista tengok, rajin masuk kegiatan sukarela bukan kerana benar-benar ingin membantu tetapi untuk ‘sambil-sambil cuci mata’ dan terang-terangan nampak sah memang cari ‘mangsa’ baru dan tidak segan silu bertanya kepada orang yang beru dikenali:
Do you want to be my boyfriend?
Taktik mereka rapat-rapatkan diri dengan mangsa, ambil foto bersama, kemudian, membuntut si ‘mangsa’ ke mana-mana, rajin kirim SMS, cari akaun Friendster atau Facebook si mangsa dan mulalah humbankan pesanan-pesanan yang nampak sah bukan buat si mangsa rasa tenang tetapi bagaikan nak lari beribu batu ketakutan.
Yang buat malu company atau yang biasanya buat benda-benda ni, budak-budak perempuan. Yang lelaki taktik lain… er… tak seterang-terangan macam ni.
Cuma, janganlah begitu adik-adik oi! Sista bukan apa… kadang tengok gelagat adik-adik ini pun kasihan. Gara-gara perawakan yang bagaikan tak sabar nak dapat pakwe, sesetengah adik-adik Sista ni terbiar menangis apabila mereka dipersenda lelaki yang mereka suka.
Dalam mereka mengejar lelaki-lelaki ini ke sana ke mari, si lelaki yang naik rimas pula menyindir:
Kalau muka ‘jambu’, takpe… ni tidak… macam baby elephant… anak gajah tu lebih cute daripada dia!
Tidak ke berdesing telinga tu mendengar? Apatah pula, kalau si empunya diri mendengar. Kecil hatinya.
Justeru, pesan Sista, dalam meniti usia remaja atau keinginan memburu cinta, usahlah bertindak desperate dan terkejar-kejarkan pakwe atau makwe idaman sehingga siapa-siapa yang ada di depan mata pun ‘main bedal saja.’
Atau, baik-baik anda berjaya ‘memancingnya’ dengan ketulusan, mereka pula naik seram sejuk dan lari macam nampak hantu jembalang!
0 komentar:
Posting Komentar